“Akhirnya isteri aku mengaku sudah tiga kali ke hotel dengan dia” – Suami kecewa isteri jalin hubungan sulit dengan Ketua Kampung
Seorang suami mula merasa tidak sedap hati apabila isteri yang disayanginya sering menangis saat dia pulang ke rumah dari tempat kerja.
Berubah menjadi seorang wanita yang murung, isterinya itu lebih memilih untuk berdiam diri setiap kali ditanya mengenai punca kesedihannya.
Hampir berputus asa, jantung lelaki itu gugur apabila isterinya yang berusia 30 tahun itu akhirnya membuat keputusan untuk bercerita hal sebenar.
Kecewanya bukan kepalang, isteri lelaki itu mengaku telah menjalinkan hubungan sulit dan pelakunya adalah ketua kampung mereka sendiri!
Mengejutkan, hubungan terlarang tersebut bermula apabila ketua kampung yang berusia 38 tahun itu terpukau dengan kecantikan isterinya.
Tanpa menghiraukan bahawa wanita itu adalah isteri orang, ketua kampung tersebut gigih mencuba untuk menggoda dengan kiriman salam.
Menyedari kiriman salamnya tidak diendahkan, ketua kampung itu kemudian berusaha dan berjaya mendapatkan nombor telefon isteri lelaki terbabit.
Dari situlah bermulanya perbualan kosong yang berkembang menjadi bibit-bibit cinta sebelum ketua kampung itu bertindak di luar jangkaan.
Keterlaluan, rupa-rupanya sudah tiga kali ketua kampung itu berjaya memujuk isterinya untuk melakukan hubungan intim di sebuah hotel.
Memetik laporan Tribun News, kejadian mengejutkan itu berlaku di Kampung Silau Dunia yang terletak di daerah Simalungun, Sumatera Utara, Indonesia.
“Dia selalu menangis, bila ditanya tak mahu jawab. Kelmarin baru mengaku sudah tiga kali ke hotel dengan dia (tok ketua). Dia curang dan menyesal.
“Kami tinggal satu kampung dan dia Tok Ketua. Dia pernah kirim salam kepada isteri saya melalui kawannya. Tetapi masa itu tidak dilayan.
“Kemudian entah bagaimana dia dapat nombor isteri dan hantar pesanan di aplikasi Whatsapp. Dari situlah bermula rayuannya untuk ajak bertemu,” cerita suami itu.
Mendengar pengakuan isteri yang telah berzina sebanyak tiga kali dengan ketua kampung, sang suami segera melaporkan kejadian itu di Balai Polis Sergai.
Laporan dipercayai dibuat pada Mei lalu dan Ketua Kampung berkenaan difahamkan telah ditetapkan sebagai tersangka (suspek).