Akhirnya kenyataan yang ditunggu ramai telah pun diumum
Tidak seharusnya seorang muslim menyambut perayaan agama bukan muslim atau melakukan sebarang upacara yang kelihatan seperti merayakan hari simbolik agama lain.
.
Allah SWT melarang umat Islam berkompromi dan terlibat dengan sebarang bentuk peribadatan dan ritual agama lain berdasarkan surah al-Kafirun yang kebanyakan kita menghafalnya.
Apatah lagi dengan mengunjungi tempat ibadat mereka di hari perayaan mereka dengan alasan perpaduan. ‘Umar bin al-Khattab RA pernah berpesan:
لَا تَدخُلُوا عَلى المُشرِكينَ فِي كَنائسِهم يَومَ عيدِهِم فإنَّ السخطة تَنزِلُ عَليهِم
“Janganlah kamu masuk ke tempat ibadat orang yang menyekutukan Allah pada hari raya mereka, kerana kemurkaan (Allah) sedang turun ke atas mereka” [riwayat al-Bayhaqi].
Begitu juga tidak seharusnya seorang muslim menggayakan diri atau berkelakuan dengan sesuatu yang menyerupai agama lain dalam hal yang menjadi syiar atau pengkhususan atau tradisi keagamaan mereka. Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu golongan, maka dia adalah sebahagian daripada golongan tersebut” [hadis riwayat Abu Dawud].
Banyak sahaja cara atau aktiviti untuk memupuk perpaduan atau mempamerkan keharmonian sesama rakyat muslim dan bukan muslim, namun bukanlah dengan berkongsi hari raya, bahkan melalui ihsan, keadilan dan tidak menzalimi antara satu sama lain.
Pemimpin muslim dan umat Islam perlu peka dengan hal ini.
-Dr. Kamilin Jamilin-