Akhirnya ketinggian menara milik Fir’aun berjaya diselesaikan
Ini adalah salah satu opsyen merungkai kemusykilan anda mengenai menara 15 km Firaun. Menurut sumber 15 km adalah diterjemah dari 8 batu. 1 batu Arab adalah antara 1.8 km hingga 2 km.
Tetapi perbatuan lebih awal dari Arab ialah Rome. Rome mencipta 1 batu bersamaan 1000 paces yang bersamaan dengan 1.481 km.
Oleh kerana Rome adalah pewaris terus ketamadunan Mesir, budaya mengumpul 1,000 unit menjadi 1 ini tentu dimulakan oleh Mesir yang mencipta penggenapan 100, 1000, 10000 ini walaupun Mesir adalah pewaris tamadun Babylonia.
Ini kerana Babylonia mencipta 60 unit menjadi 1 menuruti 360 hari yang mereka jadikan bilangan hari setahun, dapat terbahagi 6 bahagian dengan setiap bahagian boleh terbahagi dua menjadi 30 hari setiap satu, lalu mewujudkan 12 bulan setahun.
Mesir juga yang menambah 2 bahagian siang dan 2 bahagian malam kepada sistem Babylonia yang mempunyai 10 bahagian siang dan 10 bahagian malam menjadikan 24 jam sehari yang kita pakai hari ini atas faktor mengasingkan ’twillight zone’ pada sempadan siang dan malam.
Malah sistem metrik juga mengadaptasi sistem Mesir dan Rome dengan mengumpulkan 1000 menjadi 1. Iaitu 1000 meter menjadi 1 kilometer. Ukuran 1000 palm atau lebar tapak tangan mungkin asal mula kiraan batu sebelum Roman menukar kepada 1000 kangkang. 1 pace bersamaan 1.481 meter.
Justeru melihat pemakaian Roman, lebar tapak tangan yang kira-kira 80 mm panjangnya itu mungkin sekali menjadi unit ukuran terpendek Mesir untuk mengira jarak, 1000 tapak tangan atau 80 meter mungkin merupakan 1 batu Mesir.
Maka demikian, mungkin menara itu tinggi sebenarnya hanya ‘7 batu Mesir’ atau 560 meter. Lingkungan angka ini jika ditolak ketinggian piramid Giza memberi lingkungan 420 meter. Ini lebih kurang Menara KL. Ha, pedih? Ghasekan.
Dalam Mesir purba, ukuran mereka ialah cubit, iaitu mirip hasta dalam ukuran Melayu yakni dari hujung jari hantu ke siku, palm iaitu setapak tangan dan finger iaitu selebar jari.
Nota : Imej ialah jika anggapan lebar tapak tangan ditukar kepada panjang jari hantu – yang mirip lebar setapak tangan – sekadar parodi dalam memberitahu Rome merupakan waris jari hantu kepada Mesir.
Sumber – FB MatGeo