Akhirnya Mas Idayu jawab pengkritiknya dengan suara power nyanyi lagu ‘Santai’ versi dangdut duet bersama Faizal Tahir

Akhirnya Mas Idayu jawab pengkritiknya dengan suara power nyanyi lagu ‘Santai’ versi dangdut duet bersama Faizal Tahir

 

Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu menjadi pilihan rakan penyanyi iaitu Faizal Tahir, untuk melakukan kolaborasi bagi lagu ‘Santai’ versi dangdut. Memang menarik!

Masih padu!

Ternyata, kolaborasi duet dua penyanyi terkenal itu mencuri tumpuan netizen apatah lagi Mas Idayu atau mesra dipanggil Mummy menunjukkan ‘taring’ sebenar sebagai legenda dangdut negara.

Bukan itu sahaja, Mummy turut menunjukkan kebolehan serba boleh dirinya apabila melakukan rap di bahagian awal lagu remix tersebut. Versatil betul ni Mummy!

Memetik perkongsian portal hiburan Oh!Bulan, klip video ‘teaser’ yang dimuat naik oleh Faizal di TikTok menjadi bualan netizen apabila rata-rata mereka tidak dapat menafikan kehebatan vokal Mas Idayu sebagai penyanyi dangdut dan mengakui bahawa Mummy sememangnya penyanyi yang berbakat.

Bila Mas Idayu tukar mood lagu jadi dangdut, memang tak boleh dinafikan, suara dia memang sedap!
Susah nak tutup telinga bila dengar mummy nyanyi dangdut. Memang makanan dia lah!

Malah, tidak kurang juga yang memuji lagu itu masih sedap untuk didengar dan dinyanyikan bersama walaupun telah diberi nafas baharu.

Disebabkan kolaborasi itu juga, netizen turut meluahkan harapan mereka untuk melihat penyanyi Cintaku 100% tersebut mengeluarkan lagu baharu. Video muzik Santai versi dangdut itu telah dimuat naik di YouTube pada 10 Februari lalu.

Video
@faizal_tahir

Aiyokk Mummy marah 🫣 macam mana korang nak buat Mummy happy? @Mas Idayu Mesnun @Glowrush #Santai #fyp #musicontrend

♬ Santai – Faizal Tahir