Akhirnya misteri kes buli MRSM Kuantan terlerai, perempuan ini kongsi panduan buat ibu-bapa pelajar yg mohon ke asrama

Akhirnya misteri kes buli MRSM Kuantan terlerai, perempuan ini kongsi panduan buat ibu-bapa pelajar yg mohon ke asrama

Misteri kejadian buli yang didakwa berlaku di MRSM Kuantan sehingga mencetuskan kekecohan baru-baru ini akhirnya terungkai.

Ia susulan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak polis semalam yang telah membuat rumusan berkenaan kes tersebut hasil daripada siasatan yang telah dijalankan mereka.

 

Sementara itu, menerusi satu perkongsian oleh pengguna FB menggunakan nama akaun  Ibnu Zarah  telah berkongsikan panduan buat ibu-bapa yang berhajat memasukkan anak ke sekolah berasrama.

Bismillah…

Sekadar pandangan rentetan beberapa kes yang viral baru-baru ini. Jika salah pandangan ini, mohon maaf sepeluh jari dari hujung rambut hingga hujung kaki.

Kepada ibu ayah yang nak masukkan anak-anak ke asrama, tak kira laa asrama penuh tak penuh, begitu juga dengan institusi tahfiz, harap berbincang dengan anak-anak adakah mereka bersedia kerana yang nak duduk asrama/tahfiz bukan kita tapi mereka.

Jika dulu asrama ni adalah satu tempat yang paling diimpikan oleh anak-anak luar bandar yang hidup mereka susah. Diasrama lah mereka merasa ada ‘space’ sendiri. Ada katil, kerusi dan meja belajar, ada ‘locker’ dan kipas berbanding dengan keadaan dirumah, tidur lambak atas lantai adik beradik, nak belajar adik bising dan makan sedap pun jarang sekali.

Berbeza dengan anak-anak zaman ini…. Lahir- lahir jer dalam bilik aircond, dalam kereta aircond, kat rumah semua bilik ada aircond. TV, Astro, Netflix semua ada. Makan sedap-sedap. Holiday sana holiday sini. Tetiba kena masuk asrama yang mereka rasa macam penjara dan neraka!. Semua berdisiplin dan berperaturan yang ketat. Sudah tentu ada diantara anak- anak tak kuat dan tak betah tinggal diasrama namun apakan daya, mereka terpaksa akur dengan suruhan dan paksaan ibubapa.

Mungkin ada anak yang ok jer duduk asrama tapi ada anak yang memendam perasaan kecewa yang sangat mendalam kerana memang dia tak nak duduk diasrama, mentelah ibubapa pula tidak memahami keperluan mereka.

Jangan sebab kesilapan dan ego yang tinggi kita sebagai ibubapa, anak kita mengalami tekanan perasaan sepanjang hidup mereka.

Mohonlah Allah tunjukkan kita jalan yang terbaik dalam menguruskan pendidikan untuk anak-anak kita semua.

Wallahu’alam.