Akhirnya MP Bachok akur Model Ekonomi Islam dibentangnya terkandung di dalam Naratif Ekonomi Madani tanpa sedar

Akhirnya MP Bachok akur Model Ekonomi Islam dibentangnya terkandung di dalam Naratif Ekonomi Madani tanpa sedar

Nampaknya perbincangan mengenai debat ekonomi antara Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Syahir Sulaiman, yang didakwa sebagai pakar ekonomi kebanggaan Pas berlangsung secara ‘live’ semalam terus menjadi buah mulut di kalangan warganet.

Antara ulasan menarik adalah menerusi satu perkongsian seorang pengguna FB bernama Arshad Ezhar.

Berlatarbelakangkan sebagai seorang Pakar Kewangan Islam, dia berjaya membuktikan idea Model Ekonomi Islam sebenarnya memang telah wujud di dalam Naratif Ekonomi Madani yang dilancarkan PMX baru-baru ini.

Ok tak jadi last komen semalam

Sebab bila cerita bab ekonomi ni saya jadi excited. Masa degree dulu antara fokus area saya belajar memang berkenaan dengan Model Ekonomi Islam.

Jadi saya boleh faham kenapa YB Syahir sebut pasal keberkatan semua. Memang salah satu prinsip yang ada dalam Foundation of Islamic Economics yang berbeza dengan teori ekonomi lain ialah konsep Berkat.

Jadi apa yang YB Syahir sebut tak salah pun. Dan model beliau cadang ni pun bukannya salah pon. Ok je.

Cumanya, ianya terlalu teoritikal. Tak relate dengan data. Not even relate dengan Naratif Ekonomi Madani yang dilancarkan Kerajaan Perpaduan.

Itu sebab saya sebut semalam macam cerita dalam Usrah. Benda tak salah, cuma tak sampai level expectation sayalah.

Dan setelah melihat komen-komen netizen, ramai sebenarnya tak tahu, tak pernah baca, tak pernah analise pun Naratif Ekonomi Madani (NEM) yang dilancarkan PM.

Lepas itu melaung statement umum seperti tiada hala tuju ekonomi yang jelas. PM Bodoh tak tau apa.

Kalau sebelum pelancaran NEM, saya pun setuju dengan anda. Tapi kita boleh faham mengapa. Sebab merancang ekonomi ini ambil masa. DS Najib pun ambil masa 18 bulan nak bentang ETP.

Tapi lepas kerajaan lancar NEM, sepatutnya apa-apa debat pun mesti relate dengan maklumat baru.

Bukan terus menerus pakai sentimen tiada hulu tuju.

Kalau kita hadam betul-betul NEM, apa yang dicadangkan dalam model Syahir ni memang dah ada pun dalam NEM.

Contoh, dalam Tiang 1: Keadilan Ekonomi

NEM dah menggariskan target agar peratus bahagian gaji pekerja daripada total income kepada 45%. Sekarang ini 32.5%.

Apa maksudnya ni?

Maksudnya, rancangannya ialah untuk setiap RM 1 pendapatan yang dijana dalam ekonomi, 45 sen pergi kepada pekerja dan 55 sen pergi kepada pemodal.

Sekarang? Hampir 70% pergi kepada pemodal. Pekerja hanya dapat 30%.

Itu sebab antara prinsip utama NEM ialah gaji bermaruah. Dan seperti yang disebutkan RR semalam, Kerajaan Perpaduan akan masuk campur secara langsung dalam polisi penetapan gaji pekerja swasta melalui insentif kepada Majikan, dalam program Dasar Gaji Progresif.

Bukankah ini salah satu tiang dalam Keadilan Ekonomi yang dicadangkan oleh YB Syahir?

Contoh lain macam Tiang 2; Kitaran Ekonomi.

Dalam pembentangan NEM, selain daripada kepentingan pelabur-pelabur luar untuk lonjakkan ekonomi Malaysia, PMX juga menggariskan kepentingan Domestic Direct Investment (DDI) bagi memastikan tambah nilai ekonomi yang dihasilkan bumi Malaysia ini berlegar dalam Malaysia juga bukan semata-mata lari keluar.

Bukankah ini selari dengan konsep kitaran ekonomi dicadangkan Syahir?

Lagi….

Tiang 3 Kesederhanaan Ekonomi.

YB RR semalam ada sebut, cara Kerajaan Perpaduan sedikit beza dari zaman PM Najib. Style PM Najib ialah dengan pengumuman projek projek Mega. Which is tak salah pun dan ada baiknya.

YB RR sebut semalam Kerajaan Perpaduan dalam NEM tak sasarkan projek-projek Mega.

Apa yang penting ialah apa-apa projek ekonomi yang akan datang akan kurang menggunakan dana cukai dan lebih kepada sektor swasta.

Adakah ini sederhana? Saya pun tak pasti sebab kesederhanaan ekonomi tu sangat subjektif.

Lagi pasal Halaman: KETERJAMINAN MAKANAN

Dalam NEM memang sudah ada gariskan hala tuju ini, yang mana Malaysia dalam misi jadi self-sufficient.

Beberapa inisiatif dalam bab ni dah dilancarka pun. Contoh program Inisiatif Usahawan Tani bawah Kem Ekonomi.

Kerajaan juga dah luluskan bajet sebanyak RM 3 billion untuk renovate pengairan untuk petani kedah bawah MADA supaya boleh kais 5 musim dalam 2 tahun berbanding hanya 3 musim sekarang ini.

Dan banyak lagilah kalau nak ulas balik bab NEM ni.

Nak kata NEM ni perfect? Tak lah. Saya tak nampak sangat pasal reformasi cukai dalam pembentangan PMX tempoh hari. Mungkin ada dalam perancangan Kerajaan juga.

Cuma apa yang saya nak sampaikan ialah, laungan bahawa Kerajaan tiada hala tuju ekonomi oleh pembangkang sebenarnya tak tepat dan tak mengikuti perkembangan terkini.

Itu sebab saya kata YB Syahir macam tak buat homework betul-betul kaji pasal NEM.

Sebab berdasarkan apa saya bandingkan model cadangan dia dengan NEM, secara tak lansgung, YB Syahir tak dapat menahan diri daripada kagum dengan NEM PMX.

Oleh itu siapa yang kagum dengan model Syahir ni, secara tak langsung juga kagum dengan NEM hahaha

Oleh itu, peminat politik dan ekonomi di luar sana, kalau nak tahu berkenaan NEM, boleh google terus dekat YOUTUBE tengok video majlis pelancaran.

Kalau malas nak dengar atau menyampah dengan PMX, cari dalam youtube PODCAST Keluar Sekejap KJ dgn Shahril, episod 39.

KJ dan Shahril dan rumuskan, beri komentar, puji apa yang patut dan kritik apa yang patut.