Akhirnya pemuda ini kongsikan maksud kod rahsia perubatan pada laporan pesakit

Akhirnya pemuda ini kongsikan maksud kod rahsia perubatan pada laporan pesakit

KOD RAHSIA ! yang selalu doktor gunakan bila bercakap atau menulis di Hospital yang korang kena tahu !

1 – CA

CA bermaksud Cancer / kanser .
Yelah setiap kali kalau ward round tak nak lah sebut perkataan kanser tu berkali kali depan pesakit . Ditakuti dapat menjatuhkan moral dan semangat pesakit .

Contoh nya – This patient known case of Lung CA .. Bla bla bla bila berborak depan pesakit .

2 DIL

DIL bermaksud “ Death In Line” Kalau tukar ke bahasa melayu .. “ Hampir Maut / Mati “

DIL ni digunakan bila kesihatan pesakit dalam keadaan yang teruk( Terminally ill ) , tidak dapat diselamatkan lagi , Atau pun harapan terlampau tipis .

Selalunya bila kita sebut DIL ni , sekali gus kita dah tau status pesakit tu ..

3 CPR

CPR ini adalah cardiopulmonary resuscitation .. Satu prosedur tekan dada yang dilakukan untuk selamatkan pesakit yang secara tiba2 hilang degupan jantung .

4 DNR

DNR bermaksud Do Not Resuscitate
Iaitu keadaan dimana doktor menyarankan ahli keluarga supaya pihak kesihatan tidak perlu CPR jika pesakit tiba2 tidak sedar dan mengalami dengupan jantung yang terhenti.

Ini Kerana keadaan pesakit yang terlalu teruk menyebabkan CPR itu tidak akan berjaya .

5 BID

BID bermaksud ” Brought in Dead “
Ini bermakna pesakit yang meninggal sebelum / Ketika dalam perjalanan ke hospital .

so bila berborak dengan staff kesihatan , Bila dorang sebut BID .. secara automatik kita semua tahu .. Yang kita tak perlukan persiapan rapi untuk menyambut kedatangan pesakit kerana pesakit yang sedang dalam perjalanan telah pun meninggal sebelum sempat menjejak pintu kecemasan zon merah di Jabatan kecemasan.

6 TLC

TLC bermaksud “ Tender Loving Care “

TLC ni adalah salah satu singkatan especially bila kita manage pesakit kanser yang tiada harapan , Mahupun tiada lagi oprtion bantuan dari segi perubatan medikal yang boleh diberikan di hospital .

Selalunya kita akan sebut kepada ahli keluarga ..
“ TLC “ .. apa yang ahli keluarga boleh buat ialah bawa pulang pesakit kerumah dan memberi sepenuhnya “ Tender – Kelembutan , Loving – Kasih sayang , Care – Penjagaan “

So bila dekat fail pesakit ada Tulis TLC ni , kesemua petugas kesihatan tahu yang tiada lagi pengurusan rawatan yang aktif kepada pesakit

7 NBM

NBM – Nil by mouth
bermakna pesakit tidak boleh mengambil apa apa jenis makanan atau minuman melalui mulut .

NIL- Tu membawa maksud Kosong “ Nothing “

“ Nothing by mouth “

Korang mesti selalu nampak signange NBM dekat katil pesakit kan ?

8 SP,SM

SP ni single parent , ATAU SM , Single mother .

Selalunya label ni ada dalam nota fail pesakit untuk menunjukkan status seorang ibu yang bakal melahirkan bayi dalam nikah / Luar nikah tanpa suami yang sah / Meninggal dunia / cerai .

Jadi dengan ada nya label Single mother ni jadi pegawai kesihatan dapat menguruskan ibu selepas lahir dari segi bantuan welfare kerana ditakuti banyak kes buang bayi memandangkan ibu tadi tidak mempunyai suami sama ada meninggal atau pun suami yang tidah sah dan tidak berdaftar .

9 TCA

TCA – Bermaksud “ To Come Again “

Maknanya tarikh follow up yang akan datang , yang selalu korang tengok dalam kad follow up tu ..

10 STI

STI boleh membawa kepada dua maksud

1- Soft Tissue Injury
2 – Sexually Transmitted Infection

Tapi sekarang kita gunakan STD – Sexually Transmitted Disease untuk mengelakkan kekeliruan .. . Pesakit yang dijangkiti oleh Syphilis , Ghonorrea / chlamydia .

STD ini selalu dijumpai oleh group2 lelaki / Para suami yang baru pulang dari thailand setelah puas bermain ping pong di peringkat antarabangsa . 😂

Ada Banyak lagi .. Tapi .. Nanti lah kita sambung Part 2

Ini lah sedikit sebanyak singkatan yang sering digunakan di hospital . Harap Maklong

Sumber – FB Yazeed Hair Johari