Akhirnya pengasas portal RotiKaya terdedah, rupanya milik Ketua Penerangan PN Seremban

Akhirnya pengasas portal RotiKaya terdedah, rupanya milik Ketua Penerangan PN Seremban

 

Sebuah portal hiburan yang dinasihatkan oleh penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza agar tidak memanjangkan berita palsu akhirnya terbongkar mempunyai kaitan dengan Perikatan Nasional (PN).

Difahamkan, pemilik bersama Rotikaya.com, Hamzie Hambali merupakan Ketua Penerangan PN Parlimen Seremban.

Identiti siapa di sebalik portal yang menyiarkan laporan kononnya Siti tidak sangka Rumah Terbuka Aidilfitri jadi majlis politik itu dibongkarkan warganet di media sosial.

Laporan itu kemudiannya dipadam selepas Siti sendiri menafikan bahawa beliau yang memuatnaik hantaran tersebut.

“Jangan panjangkan berita palsu, saya tak pernah buat kenyataan itu,” tegas Siti menegur portal itu.

Dalam alasan pengguguran laporan itu, portal terbabit hari ini menerusi siaran bertajuk, “Gara-gara posting FB fake TokTi, berita palsu tersebar” mengaku terperdaya dengan hantaran palsu yang disunting menggunakan nama akaun rasmi Facebook penyanyi itu.

“Posting berita palsu ini juga telah disebar merata-rata dan menyakinkan bahawa posting tersebut posting sebenar, menyebabkan ramai yang terpedaya termasuk kami pihak Rotikaya.

“Dengan ini, kami dengan rendah hati memohon maaf kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan kami akan pastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi,” lapor Rotikaya.

Sementara itu, menurut Harapan Daily mendapati, Hamzie, 38, pernah mengaku amat kecewa apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Dia turut menganggap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli sebagai “tak guna”, “cakap banyak” serta “memang power menghasut orang, lepas tu hilang senyap tanpa khabar berita”.

Dalam masa sama, pada hantaran di Facebook, 25 November tahun lalu itu juga, Hamzie melabelkan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai “power bab putar alam”.