Akhirnya putar belit Radzi Jidin tentang silibus pembelajaran selama ini terjawab

Akhirnya putar belit Radzi Jidin tentang silibus pembelajaran selama ini terjawab

Adalah tidak benar bahawa kita tidak boleh melakukan perubahan pada kurikulum yang dilaksanakan walaupun belum sampai tarikh ‘lupus’ .

Sebagai contoh, World Bank dan OECD melaporkan kebanyakan negara maju telah melakukan penjajaran semula kurikulum sepanjang pandemik Covid19.

Beberapa negara seperti Indonesia dan Singapura telah melakukan perubahan pada kurikulum mereka sesuai dengan matlamat pemulihan pendidikan.

Misalnya, Indonesia telah menukarkan kurikulum sebelum pandemik kepada ‘Kurikulum Darurat’ pada 2021 dan mula melaksanakan ‘Kurikulum Merdeka’ sejak Februari 2022. https://is.gd/frts6m

Banyak kajian akademik yang mencadangkan rombakan dan penjajaran kurikulum dilakukan agar murid-murid tidak keciciran. https://is.gd/44JsG2

Negara kita baru pulih dari pandemik Covid19. Ramai anak-anak kita yang terjejas pembelajaran mereka. Khususnya anak-anak keluarga miskin dan pedalaman.

Tentu sahaja kurikulum 2017 (yang digubal tanpa menjangkakan pandemik Covid19 akan melanda) sudah tidak sesuai dengan keperluan anak-anak pasca Pandemik.

Jadi, apa masalahnya untuk kurikulum baru yang lebih baik untuk keperluan murid-murid diperkenalkan?

Dalam persekitaran digitalisasi, kita sudah tidak perlu mencetak lagi semua dokumen kurikulum baru, buku teks baru dan sebagainya. Lakukan sahaja semuanya secara dalam talian.

Mahu atau tidak sahaja.

https://is.gd/DdNX05

Sumber : FB Anuar Ahmad