“Akhirnya rahsia suami pecah, 12 tahun kena tipu dengan suami sendiri, bila disoal jawapan suami buat aku terduduk”

“Akhirnya rahsia suami pecah, 12 tahun kena tipu dengan suami sendiri, bila disoal jawapan suami buat aku terduduk”

 

Aku Suha berumur 36 tahun. Mempunyai anak yang handsome baru berusia 9 bulan. Aku sudah berkahwin selama 10 tahun. Lama juga kami tunggu nak dapatkan zuriat.

Alhamdulilah genap 10 tahun Allah bagi rezeki anak. Dan genap 10 tahunlah aku ditimpa masalah dengan suami aku. Masalah besar. Allahuakbar!

Masa ini anak aku baru berusia 5 bulan. Aku terkejut tiba ada serbuan dari Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) datang ke rumah untuk tangkap suami aku.

Bila aku soal dengan pegawai yang buat serbuan, suami aku terlibat dengan dadah. Luluh hati aku dengar. Allah Allah Allah.

Pegawai siap tenangkan aku dan bagitahu kena bawa suami puan untuk ujian air kencing. Nanti puan tunggu panggilan dari pihak kami untuk menjamin suami puan nanti. (Jamin tiada bayaran).

Bila aku tengok suami aku dibawa keluar rumah siap digari sambil aku dukung anak aku, aku tanya dengan suami aku apa yang dia sudah buat?

Suami aku jawab tak tahu dengan nada yang stress. Aku macam tak percaya. Betul ke? Mengucap panjang dah.

Tak lama tu pihak sana telefon aku dan menyatakan suami puan positif dadah. Suami puan pon mengaku dia ada mengambil 2 minggu lepas.

Allahuakbar! Luluh jantung aku rasa macam nak pecah. Ya Allah terduduk masa ni. Tengok anak kenapalah daddy buat macam ni.

Malam tu aku pergi jamin suami aku. Pegawai tu bagitahu nanti puan kena hadir ada sesi perjumpaan dengan pegawai. Anak aku tinggal sekejap dengan mak aku.

Sebenarnya panjang lagi aku nak cerita tapi ni aku pendekkan.

Bermulalah jumpa pegawai situ dan pegawai tu bagitahu suami puan sebenarnya dah 12 tahun menagih dadah. Suami puan pon mengaku sendiri.

Ya Allah Ya Allah Ya Allah! Selama aku kahwin 10 tahun aku ditipu hidup². Rupanya dari zaman dia bujang lagi dia dah ambil.

Bila pegawai tu pecahkan rahsia pasal suami aku, aku terus teringat patut selamani suami aku panas baran dengan aku. Pernah naik tangan dengan aku. Tengking² aku.

Kalau marah habis dilempar dibaling pape sampai kena aku. Mujur takda pisau ke gunting kat bilik aku. Kalau tak entahlah aku kat hospital mungkin. Bilik dah tak rupa bilik. Berselerak.

Haritu sebelum suami aku kena tangkap dia baling kipas kecil baby terkena baby. Dia nak baling ke arah aku tapi terkena baby.

Allahuakbar! Kenapalah buat aku macam ni. Aku dah cuba dah jadi isteri yang terbaik untuk dia.

Rumah aku dah sediakan. Dia masuk rumah aku tinggal cuci kaki je. Dia duduk rumah pon macam bos. Makan minum dia semua aku sediakan, aku masak, barang dapur pon dia takda beli sangat.

Tu pon guna mak aku punya barang dapur. Pakaian dia semua aku basuh melipat siap susun, kemas rumah sapu sawang lap habuk mop semua aku buat.

Dia kat rumah pergi balik kerja, tengok handphone, main game, makan, tidur lepastu keluar pergi mancing.

Aku tak tau mana silap aku. Bila aku tanya dengan dia apa salah aku selama ini. Kenapa buat aku macam ni. Dia jawab takda pastu diam je.

Sejak kejadian yang dia kena tangkap tu sampai sekarang dia macam panas je dengan aku. Kalau nak bincang pape nanti auto macam nak marah, nak naik angin je dengan aku.

Sampai aku tegur bila marah aku tu cakap elok² sikit sebab depan baby hormatlah baby sikit.

Dia boleh balas “Dengan kau ni tak boleh cakap baik² dah kena cakap kurang ajar.” Allah Allah Allah. Mengucap je aku masa ni.

Sepatutnya lepas kejadian dia kena tangkap tu, dia kena masukkan ke dalam Pusat Pemulihan tapi dia memberontak dengan aku, dia tak bagi aku masukkan dia kat Pusat Pemulihan.

Aku nak dia masuk Pusat Pemulihan tu biar jadi orang, solat tu cukupkan 5waktu, kawal emosi bila marah.

Aku tetap setia tunggu dia keluar Pusat Pemulihan dengan harapan berubahlah. Lama tu 12 tahun dia jadi penagih.

Bila dah jadi macam tu aku tukar plan, aku masukkanlah dalam Pengawasan. Jadi setiap bulan dia kena lapor diri.

Sebenarnya banyak je yang dia tipu aku selama aku kahwin tapi aku tetap bertahan. Lagi 1 yang dia tipu pasal kerja. Masa ni sebelum dia kena tangkap. Aku tergerak hati nak selidik suami aku ni pergi kerja ke tak.

Aku pergi tempat kerjanya jumpa dia punya pengurus bagitau nak minta salinan kedatangan kerja suami aku. Ternyata firasat aku selama ini betul. Suami aku banyak ponteng kerja padahal bagitahu aku dia kerja.

Yang ada punch card balik pukul 8:30 malam tapi mesej aku pukul 2 pagi baru balik. Suami kerja ada shift. Masa ni shift dia petang masuk pukul 3 petang balik pukul 2 pagi. Bila tanya pergi mana semua ni banyak ponteng kerja?

Jawapannya pergi melepak dengan kekawan, pergi mancing.

Allahuakbar! Mati² aku ingat dia datang kerja, cari rezeki rupanya banyak kelain. Aku tak taulah apa yang suami aku nak sebenarnya. Yang bagusnya dia takda perempuan lain cuma tulah banyak kona banyak penipuan.

Aku pon dah berterus terang dah dengan suami aku yang aku dah tawar hati, feel sayang dah takda, kepercayaan dah zero nak minta pisah cara baik tapi suami aku taknak. Fikir pasal anak.

Nak dapat anak sorang pon kena tunggu 10 tahun.

Oklah aku cubalah bagi peluang ni yang kali terakhir. Dan aku pon buat perjanjian depan mak dan mak mertua aku kalau suami aku tak berubah masih sentuh lagi dadah tu terus jatuh talak 1.

Bila aku bagitahu dengan suami aku yang aku ni dah tawar hati dengan dia semua tapi dia takda effort nak ambil hati aku makin buat aku sakit hati. Makin dengan egonya.

Aku nak tanya korang, patut ke aku teruskan dengan suami aku demi anak atau setakat ni saja?

Aku perlukan sokongan bukan kecaman. Aku sangat² tertekan sekarang ni. Aku pon tak kerja sekarang ni tapi sedang mencari kerja.

Aku risau bila betul pisah dengan suami aku, hak penjagaan anak jatuh dekat suami sebab suami aku masih bekerja sampai sekarang. Tapi aku takut kalau anak pada suami aku.

Takut diapa²kan dengan sikap suami aku yang panas baran dan penagih dadah. Kalau ada peguam katsini boleh bagi pandangan tak macam mana.

Terima kasih banyak baca luahan hati seorang mommy yang selalu terluka dan disakiti.

– Suha (Bukan nama sebenar)