Akhirnya Sarawak bakal miliki Perdana Menterinya sendiri

Akhirnya Sarawak bakal miliki Perdana Menterinya sendiri

Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 diluluskan dengan sokongan 67 Adun, demikian dilaporkan portal MalaysiaNow sebentar tadi.

Rang undang-undang antara lain bertujuan untuk menggantikan gelaran “ketua menteri” dalam perlembagaan negeri dengan “perdana” diluluskan dengan majoriti dua pertiga selepas bacaan ketiganya di Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini.

Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 mendapat sokongan 67 Adun selepas hampir lima jam dibahaskan.