Akhirnya temberang Nik Amar terbongkar, ini 11 perkara yang masih gagal dijawab

Akhirnya temberang Nik Amar terbongkar, ini 11 perkara yang masih gagal dijawab

Selepas ambo menonton ceramah live Dato Mohd Amar semalam, baru ambo faham kenapa dia takut sangat berdebat dengan Dato Husam Musa anjuran Sinar Harian haritu.

Beliau langsung tidak menjawab soalan-soalan dan pertanyaan Dato Husam seperti berikut;

1. Air paip bocor lebih 50% NRW dibawah Air Kelantan? 4006km jarak keseluruhannya mengikut jawapan di sidang dun.

2. Emas Sokor 6.5 tan dikeluarkan syarikat luar Negara di Sokor, Tanah Merah? Kenapa kerajaan Kelantan dapat sikit dan emas dikeluarkan dengan helicopter?

3. Lembaga Pengarah Akademi Yakin Sdn Bhd pergi melancong ke luar Negara babit kos lebih RM1 Juta, mengikut Laporan Ketua Audit Negara?

4. Apa isu AYSB dapat Kawasan balak 10,000 ekar dan kawasan lombong 10,000 ekar yang jual RM1,600/ekar dari sepatutnya RM3,500/ekar?

5. Kenapa perlu buat Takungan Air Pinggiran Sg (TAPS) RM1.24 Billion di Machang, sedangkan kos tukar paip air lama (karat) sejauh 4006km juga membabitkan kos RM1.26 Billion? Dimana keutamaan? Siap TAPS pun lalu paip air karat juga.

6. Apa tindakan Kerajaan Negeri tentang balak yang telah disita di HSK Nenggiri berjumlah kebih RM5 juta?

7. Kenapa rakyat N9 boleh dapat 5,000 ekar sedangkan rakyat Kelantan Miskin nak dapat 0.5 ekar untuk tapak rumah pun tak dapat? 5 ekar untuk tanam durian pun tidak dapat?

8. Isu syarikat pimpinan Pas Kelantan dapat tanah di Gua Musang dan syarikat Abang Exco dapat tanah di Machang tidak berjawab?

9. Isu Loji Air dibina tapi tidak keluarg air seperti di rancang di Merbau Chondong, Panji, Ketereh, Air Puteh, Semerbau, Pasir Tumboh? Kos untuk bina mahal, tapi air keluar sikit?

10. Isu rampasan tanah di Meranto, Mualaf usaha tanah itu anugerah arwah Tok Guru Nik Aziz kepada beliau akhirnya disodok oleh Kerajaan selepas bagi 899 ekar kepada syarikat luar Kelantan?

11. Isu Perobohan Rumah Jalan Atas Paloh yang Kerajaan Negeri janji nak bagi rumah bernilai RM160,000 kepada 54 penduduk asal situ. Kini rumah telah dirobohkan cuma dapat saguhati RM1,000 shja?

Itu adalah sebahagian isu isu yang di utarakan oleh Save Kelantan, yang dipengerusikan oleh Dato Husam Musa.

Sumber – FB Syam Ghaz