Akhirnya terbuktilah EXCO Pas Kelantan berbohong nafikan kejadian curi balak di HSK Nenggiri

Akhirnya terbuktilah EXCO Pas Kelantan berbohong nafikan kejadian curi balak di HSK Nenggiri

CURI BALAK NENGGIRI : LAPORAN POLIS OLEH PENGAWAS HUTAN

MB Kelantan berada di Kg Star, Nenggiri, Gua Musang pagi ini.

Majlis pecah tanah Empangan Nenggiri.

Saya cadangkan MB masuk sekejap ke lokasi kecurian balak di HSK Nenggiri, selepas selesai majlis pecah tanah.

Alang-alang dah berada di sana, tunjukkan sikap bertanggung jawab terhadap harta dan khazanah Rakyat dan Negeri Kelantan. Tiada pilih kasih dalam menegakkan undang-undang, sepatutnya.

Cemarkan diri sekejap, masuk dan tinjau sendiri. Ada atau tidak kecurian balak besar-besaran di sana.

Untuk memudahkan MB membuat keputusan sama ada untuk masuk atau tidak, saya siarkan lampiran dari LAPORAN POLIS oleh PENGAWAS HUTAN, Encik Rosdi Ismail.

En Rosdi telah membuat laporan di Balai Polis Gua Musang pada 2hb Jun 2022 jam 1.22 pagi.

Nombor laporan tersebut ialah : Gua Musang/003514/22.

Berikut ialah lampiran laporan berkenaan :

Nama dua syarikat disebutkan dalam laporan ini : DAULAH NAJAH SDN BHD DAN CORAK BENTENG SDN BHD.

Kayu balak dan 4 jentera telah disita antara lain di matau dua syarikat berkenaan sejak 2 Jun 2022 lalu.

Kita tunggu ulasan MB esok.

Kita tunggu juga apa pula kata YB Dato’ Hanifa mewakili Daulah Najah.

Juga komen dari syarikat Corak Benteng, kalau-kalau ada.

Sebelum itu, se orang PENGAWAS HUTAN yg lain, Encik Naji bin Deris membuat satu laporan polis yg lain pada tarikh yg sama.

Nombor laporan tersebut ialah Gua Musang/003514/22.

Antara lain, laporan itu menyebut : ‘Telah pergi ke kompartmen 25 dan 26 Hsk Nenggiri bagi menjalankan risikan bagi mengesahkan aduan tebangan haram

Hasil risikan yg dijalankan mendapati adanya kerja-kerja penebangan pokok dalam kawasan yg disyaki’.

Saya dah kata sebelum ini, supaya Kerajaan Kelantan bersikap jujur dan telus.

Allah Maha Melihat.

Kan semakin susah?

Kalau masih tak nak bertindak, memungkinkan Rakyat waras mengesyaki sesuatu yg tidak baik.

Husam Musa
12 Jun 2022

#SaveKelantan
#SelamatkanKelantan

Sumber – FB Husam Musa