“Akhirnya tumbang juga” – Puteri Sarah jatuh sakit, dimasukkan ke hospital sejurus pulang dari Dubai

“Akhirnya tumbang juga” – Puteri Sarah jatuh sakit, dimasukkan ke hospital sejurus pulang dari Dubai

 

PELAKON Puteri Sarah Liyana terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat mengalami kepenatan sejurus tiba dari Dubai pada Sabtu.

Kata Puteri Sarah, 38, dia mula rasa tidak sedap badan dan mengalami batuk sejak berada di Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan umrah dan menanggung kesakitan sehingga kembali ke Malaysia.

“Saya memang tak cukup rehat… penat sangat. Hanya sehari sebelum umrah saya cuti untuk kemas barang.

“Cuaca di sana (Makkah) mungkin juga jadi faktor saya batuk. Mulanya ingat boleh tahan, tetapi sampai sahaja Kuala Lumpur semalam saya rasa terus nak tumbang.

“Lepas pulang ke rumah, selesaikan berkemas dan makan, saya terus ke hospital,”

Akhirnya tumbang juga…

Namun begitu, menerusi perkongsian terbaru pelakon itu ruangan Insta Story, dia telah memohon maaf kepada peminatnya yang berada di Singapura kerana tidak dapat bertemu pada hari ini seperti dijadualkan memandangkan dirinya dimasukkan ke hospital.

Tak dapat teruskan kerja dijadualkan

Melalui kapsyen yang ditinggalkan bersama gambar dengan tiup terlekat di tangan, Puteri Sarah turut memohon maaf kepada beberapa lagi pihak kerana terpaksa membatalkan kerja-kerja yang sudah dijadualkan.

“Akhirnya Sarah tumbang juga. Saya perlukan rehat dan perlu dipantau oleh doktor, InsyaaAllah apabila sihat Sarah akan bekerja semula. In Sya Allah kepada semua peminat Sarah di Singapura, kita akan bertemu di lain masa. Doakan Sarah. Saya sayang semua,” tulisnya.

Untuk rekod, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu baru sahaja pulang dari menunaikan umrah dan bercuti di Dubai.

Dia yang sedang hangat diperkatakan berhubung isu rumah tangga bersama pengarah tersohor, Syamsul Yusof kerap menjadi sorotan apabila ramai yang ingin tahu perkembangan wanita hebat ini.