Akhirnya View Chin luah hasrat peluk Islam, kahwini Mira

Akhirnya View Chin luah hasrat peluk Islam, kahwini Mira

Pempengaruh media sosial terkenal, View Chin membuat pengakuan dia telah bersedia memeluk agama Islam dan bakal mengahwini rakan sekerjanya, Amirah Aqilah atau lebih dikenali sebagai Mira.

View Chin menarik perhatian ramai di media sosial ketika ini apabila bekas isterinya, Shermine Ah Moi berkongsi bukti perbualan WhatsApp antara View Chin dan Mira di TikTok dan Facebook yang didakwa berskandal.

Menerusi satu temu bual eks­klusif bersama Kosmo! semalam, View Chin berkata, dia kini dalam proses mendekatkan diri dengan agama Islam.

Semalam, View Chin tampil membuat permohonan maaf kepada pengikutnya di media sosial susulan pendedahan kelakuan curang oleh bekas isterinya.

“Saya tahu ini ujian yang sangat berat buat saya, saya tahu pelbagai persoalan bermain di fikiran anda. Saya akan bagi kenyataan secepat mungkin,” – View Chin.

View Chin memberi reaksi itu menerusi Facebook (Fb) selepas terpalit kontroversi curang dengan isterinya.

Menerusi hantaran sama, View Chin memohon orang ramai memberinya ruang dan sedia memberi kenyataan dalam waktu terdekat susulan isu membabitkan dirinya.

“Saya ingin memohon maaf kepada semua beberapa hari ini saya berdiam diri.

“Bagi saya masa untuk saya perbetulkan segala keadaan dan persoalan yang menimpa,” katanya.

Menurut View Chin, sejak tularnya isu berkenaan, banyak urusan perlu diselesaikan dengan peniaga dan dia juga perlu menjawab pertanyaan daripada wakil jenama yang berurusan dengannya.