Akibat dedahkan penyelewengan SUK Kelantan, doktor pakar dicaci penyokong parti

Akibat dedahkan penyelewengan SUK Kelantan, doktor pakar dicaci penyokong parti

Satu hantaran facebook menggunakan nama ‘Khalif Amsyar’ dikesan menularkan gambar seorang doktor pakar yang terlibat dalam pendedahan penyelewengan potong q oleh SUK Kelantan dalam program suntikan vaksin Covid-19 semalam dengan disertakan kata-kata jelik.

Doktor Rafidah Abdullah, seorang doktor pakar bertugas sebagai pakar runding nefrologi diHospital Putrajaya di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia melalui pendedahan beraninya membangkitkan isu pemotongan barisan penerima suntikan vaksin Covid-19 dari kalangan VVIP termasuk ahli politik menyebabkan nama pasukan barisan hadapan yang sepatutnya menjadi penerima awal terpaksa ditendang keluar.

Dalam respon segera, Menteri MOSTI, Khairy Jamaluddin yang dilantik mengetuai urusan penerimaan vaksin Covid-19 menyambut baik pendedahan tersebut dan meminta mana-mana pemberi maklumat bersedia bekerjasama menyalurkan maklumat kepadanya sekiranya terdapat bukti penyelewengan tersebut.

Semalam tular satu tangkap layar dari kakitangan KKM Kelantan yang membocorkan maklumat pihak SUK Kelantan yang memohon peruntukan 200 org stafnya bagi mendapat suntikan awal vaksin Covid-19 menyebabkan berlaku keciciran peserta dari kalangan penerima awal pasukan barisan hadapan.

Walaupun dinafikan kemudiannya oleh Exco Kesihatan Kelangan, namun senarai nama penerima terpaksa disusun semula dan mengeluarkan nama-nama yang disyaki telah memotong q menggunakan saluran salah.

Sementara itu, netizen dilihat berganding bahu mempertahankan doktor tersebut pada ruangan komen hantaran jelik tersebut.