Akibat prank tarik kerusi Puteri Rafasya 25 hari terlantar, kini sudah boleh berjalan
Selepas 3 episod ditayangkan, drama ‘Jaga Aku Selamanya’ yang menggambarkan kisah 5 beradik hidup susah bersama ibu mereka nyata buatkan ramai penonton menitiskan air mata.
Apa yang lebih hiba, salah seorang pelakon ciliknya iaitu Puteri Rafasya mengalami masalah saraf apabila kerusinya ditarik ketika sedang duduk sewaktu di set penggambaran drama itu.
Tidak boleh berdiri atau duduk seperti biasa
Akibat perbuatan ahli keluarga pelakon lain itu, Puteri atau lebih dikenali sebagai watak ‘Kenit’ tidak mampu berdiri mahupun duduk seperti biasa susulan tulang pinggulnya retak.
Ibunya, Fatin Aliza Salmi turut berasa terkilan apabila pihak terbabit dikatakan mengambil sikap lepas tangan selepas insiden menimpa anaknya itu.
Puteri sudah boleh berdiri & berjalan dengan bantuan tongkat…tidak lagi memakai pampers
Sehinggalah masuk hari ke-25 rawatan, derita Kenit akhirnya diangkat jua.
Sambil berkongsi gambar sesi fisioterapi, Fatin dedahkan anaknya kini sudah mampu berdiri dan berjalan dengan bantuan tongkat berbanding hanya terlantar di atas katil sebelum ini.
Selain itu, Puteri Rafasya juga kini dibenarkan untuk discaj sekali gus pulang ke rumah selepas hampir sebulan.
Semangat cantik…semoga Puteri cepat sihat seperti sediakala
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira dan meluahkan rasa syukur susulan perkembangan positif tersebut.
Mereka turut harapkan, agar rezeki Puteri Rafasya dalam industri seni semakin diperluas selepas sembuh sepenuhnya nanti.