Akibat syok sendiri, abah terpaksa dedah apa sebenar berlaku dengan RM600 bilion

Akibat syok sendiri, abah terpaksa dedah apa sebenar berlaku dengan RM600 bilion

ABAH, SI KAKI CLAIM

Sebenarnya isu RM600 bilion Muhyiddin ini agak straightforward. Ini kes Abah sembang kari sehingga terpecik kat muka sendiri.

Cuba saudara saudari ingat balik cerita Mak Cik Kiah yang direka oleh Abah ketika lockdown PKP dilaksanakan pada tahun 2020.

Ingat tak, cerita-cerita dongeng “Mak Cik Kiah”?

Ingat tak, cerita-cerita dongeng yang berkisar tentang betapa murah hatinya kerajaan PN kerana sanggup berbelanja ratusan bilion ringgit melalui Pakej Perangsang Ekonomi untuk membantu Mak Cik Kiah?

Pada ketika itu jugalah Pakatan Harapan berkata, Muhyiddin ini kalau sembang, babi pun boleh terbang.

Sebab itu PH pada ketika itu kata “MAK CIK KIAH TERTIPU”.

Ini kerana ratusan bilion yang kononnya kerajaan belanjakan itu sebenarnya wang rakyat sendiri.

Daripada ratusan-ratusan bilion yang dikatakan dibelanjakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat itu, sekitar 80% adalah wang rakyat sendiri seperti KWSP, moratorium dan pinjaman mikrokredit.

Itu bukan duit dari poket kerajaan!

Ini ibarat Mak Cik Kiah pergi isi minyak RM30 kat Shell, kemudian Abah claim “PN telah berbelanja RM30 demi rakyat”.

Ataupun ibarat Mak Cik Kiah pergi Maybank dan minta loan RM1 juta, lepastu Abah claim “inilah bantuan kerajaan PN”.

Kaki claim lah tu!

Kemudian pada bulan November 2022 menjelang PRU15, datang lah Abah punya claim.

Poster yang dilampirkan inilah contoh bagaimana PN cuba membingungkan rakyat dengan menyatakan kononnya Abah telah berbelanjakan RM600 bilion untuk membantu rakyat mengharungi Covid-19.

Stupid! Rakyat ambil wang dari KWSP sendiri, rakyat buat pinjaman kena bayar balik nanti, hutang ditangguh kena bayar balik nanti, itu kira bantuan kerajaan ke?

Esok Mak Cik Kiah pergi Maybank, picit RM100 keluar dari akaun sendiri, itu kira bantuan dari Abah ke?

Ok. Sekarang PH lontar balik isu RM600 bilion kepada PN.

Tiba-tiba……

Ismail (orang UMNO pro-Abah) mengaku 80% perbelanjaan Pakej Covid itu sebenarnya wang rakyat sendiri.

Dr. Marzuki (penasihat Abah) mengaku kebanyakan pakej perangsang ekonomi bukan duit dari rizab kerajaan tapi wang rakyat sendiri.

Astaghfirullahalazim.

Patut dari awal lagi PN umum kat TV bagitau rakyat bahawa kerajaan tidak ada duit.
Patut dari awal lagi PN umum bahawa Pakej Perangsang Ekonomi PN sebenarnya duit rakyat sendiri.
Patut dari awal lagi korang JANGAN CLAIM KREDIT.

Benda mudah. Tapi sebab Abah gilakan publisiti pada ketika itu, maka direkalah fiksyen kononnya kerajaan banyak membantu Mak Cik Kiah.

Jadinya, sekarang, sebenarnya Mak Cik Kiah masih tertanya-tanya:

“Ke mana perginya bantuan dari Abah claim itu ya? Tak dapat pun? Yang dapat cuma bantuan dari poket sendiri.”

Sebab itulah saya cakap, ini kes straight forward.

Ini kes Abah sembang kari pada tahun 2020, tetapi terpecik kat muka sendiri pada tahun 2022.

Sumber – FB