Akibat tamak, lima staf hospital direman terima rasuah kartel pengurusan jenazah

Akibat tamak, lima staf hospital direman terima rasuah kartel pengurusan jenazah

Lima kakitangan sebuah hospital direman lima hari selepas disyaki meminta dan menerima wang suapan daripada ejen sebagai balasan mendapatkan kerja-kerja pengurusan jenazah di hospital berkenaan.

Perintah reman terhadap kesemua suspek berusia 34 hingga 44 tahun itu dikeluarkan Majistret Ellyna Othman di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis selepas membenarkan permohonan reman daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua suspek itu ditahan pada jam 3 petang pada Rabu selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Selangor.

Dilaporkan, kegiatan meminta suapan ini dipercayai dilakukan sejak Ogos 2019 hingga Ogos lalu dan melibatkan jumlah suapan lebih RM20,000.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim pada Rabu dilaporkan berkata, kesemua suspek yang disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat untuk permohonan reman.

Sumber – Sinar Harian