Akibat terlalu ghairah mengampu, Zahidi terlupa Muhyiddin juga menjadi PM bukan kerana menang pilihanraya
Timbalan Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin bersetuju dengan cadangan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa jawatan perdana menteri hanya untuk parti itu namun turut mempersoalkan cadangan itu sekiranya UMNO tidak memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
“UMNO, kalau menang pilihan raya mesti jadi perdana menteri, betullah tu.
“Tapi (kalau) tak menang, macam mana? Kalau dapat 60, 80 kerusi nak jadi perdana menteri macam mana?” katanya selepas menyerahkan cendera hati kepada petugas media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Sabtu.
Mohamad sebelum ini menegaskan bahawa jawatan perdana menteri hanya untuk parti UMNO.
Katanya, UMNO perlu menjadi parti induk bagi membolehkan mereka memimpin kerajaan bukannya setakat menjadi ‘anak ayam’.
Mengulas lanjut, Zahidi turut mempersoalkan sama ada Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menerima cadangan berkenaan.
”Itu masalahnya. Jadi kita lihat tokoh perdana menteri kita siapa. Adakah diterima? Kita kena cari tokoh perdana menteri yang diterima.
”Sekarang ini, nak jadi menteri pun orang tak lantik, jadi susahlah nak terima. Kita nak minta jadi perdana menteri, timbalan pun orang tak bagi,” katanya.
Apa yang pening katanya, calon perdana menteri itu perlu diterima oleh rakyat. – SH