Akka nasi lemak luah penat & badan susut, nangis hidup tak tenang lepas bisnes viral

Akka nasi lemak luah penat & badan susut, nangis hidup tak tenang lepas bisnes viral

 

Kuasa viral boleh mengubah hidup seseorang daripada susah menjadi senang, begitu juga sebaliknya.

Bagi Puan Sangeeta atau lebih mesra digelar Akka Nasi Lemak, bisnes kecilnya juga menjadi buruan ramai pelanggan yang sanggup beratur panjang seawal subuh hari demi merasai keenakan air tangannya.

Berat badan susut, terlalu penat uruskan perniagaan lepas viral

Selain peningkatan hasil jualan, dia juga pernah dijemput ke rancangan televisyen Tamil untuk bercerita tentang perjalanannya bergelar seorang peniaga jalanan.

Pun begitu di sebalik populariti, ada juga benda pahit lain terpaksa dihadapi oleh Sangeeta.

Badannya nampak sedikit susut kerana kepenatan mengurus perniagaan, Akka Nasi Lemak turut mendedahkan dia berdepan kecaman, hinaan dan gangguan daripada pihak yang dengki melihat perniagaannya maju.

13 tahun berniaga dengan tenang, kini jalani bisnes dengan tekanan

Sudah lebih 13 tahun berniaga dengan tenang, siapa sangka ketenangan itu malah ‘diragut’ sekelip mata setelah gerainya menjadi sensasi di media sosial.

Mungkin ramai beranggapan kehidupan peniaga kecil ini semakin mewah, hakikatnya mereka 4 beranak masih tinggal menyewa di rumah bersaiz kecil dan bergelut meneruskan hidup.

Bukan mudah mahu membeli barang basah, memasak dan dalam masa sama perlu cekap menguruskan puluhan pelanggan yang bermacam-macam kerenah.

@billioners_1111

Jangan menilai buku dari kulitnya.. #sathiayugam 🐋🐳 #akkanasilemak #akkanasilemakserikembangan #tamil #tamilan #tamiktikitok #malaysiatamil #malaysiatiktok #Malaysian #kualalumpur #fyptamil #fypmalaysia #fypシ゚viral #fypage #fyp #foryourpage #fypシ #foryou #f #fy @Sultan

♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Akka Nasi Lemak tak bercadang buka kedai makan bersaiz besar

Sebelum ini, Akka Nasi Lemak pernah berkata dia tidak bercadang untuk membuka kedai makan sendiri.

Baginya, berniaga secara sederhana di tepi jalanan juga sudah memadai sebagai punca rezeki harian mereka sekeluarga.

Bagi menangani masalah pelanggan ramai, Sangeeta cuma mengambil beberapa orang pekerja untuk membantu.