Aksi pempengaruh TikTok berjoget di kedai makan undang resah netizen

Aksi pempengaruh TikTok berjoget di kedai makan undang resah netizen

Sejak kebelakangan ini, banyak konten video TikTok yang menghiburkan hati kita boleh lihat

Malah, bukan itu saja tetapi juga ada juga yang berunsur ilmiah. Namun, ada juga konten yang mengundang kemarahan ramai sehingga telah mendapat kecaman.

Baru-baru ini, tular sebuah video dari seorang TikToker yang membuat aksi tarian di sebuah kedai makan telah mendapat perhatian ramai.

@ratufarahdiva

best lah mkn kat @colekbini 🥰🥰😍 makanan sdp …. #colekbinimachang #colekbini #restorancolekbini

♬ Go Down Deh (feat. Shaggy and Sean Paul) – Spice

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang TikToker yang dikenali sebagai Ratu Farah Diva telah berkongsi aksinya semasa berada di sebuah kedai makan.

Dapat dilihat dia sedang membuat review bagi kedai makan itu untuk pengikutnya di TikTok. Tetapi, apa yang membuatkan ramai kurang selesa adalah caranya yang mempromosikan kedai tersebut dengan membuat tarian.

Dia membuat tarian berkenaan seorang diri di sekitar kawasan dalam kedai itu.

Image from @ratufarahdiva (TikTok)
Image via @ratufarahdiva (TikTok)
“Kenapa aku yang malu sampai scroll komen je tak sanggup nak tengok” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut meluahkan perasaan malu mereka selepas melihat video itu. Ramai juga yang memberi pendapat mereka masing-masing.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 119.5K views, 1,307 likes dan 857 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image from @ratufarahdiva (TikTok)⁹

Image from @ratufarahdiva (TikTok)⁹

Image from @ratufarahdiva (TikTok)⁹

Image from @ratufarahdiva (TikTok)⁹

Image from @ratufarahdiva (TikTok)⁹

Sumber – Says Seismik