Aksi Sophia Albarakbah buat rawatan kiropraktik undang komen lucah
Aksi Pelakon Sophia Albarakbah ketika mendapatkan rawatan kiropraktik di salah sebuah pusat rawatan di ibu kota, baru-baru ini menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen.
Rawat masalah tulang belakang
Menerusi video tular di TikTok, Sophia kelihatan mengenakan baju lengan panjang berwarna hitam dan seluar bercorak bunga datang berkunjung ke sebuah premis pusat untuk mendapatkan rawatan bagi menyelesaikan masalah sakit pinggang yang dialaminya.
“Saya rasa tulang lumbar saya agak sedikit bengkok. Ia seperti menyimpang sedikit ke kiri.
“Kadang-kadang bila saya berdiri terlalu lama, saya akan berasa sakit dibahagian tersebut.
“Saya rasa sakit ni berpunca apabila saya menjalani penggambaran drama yang agak panjang,” katanya.
@thechirohub Watch how we treated @Sophiaalbarakbah mild lower back pain! #fyp #asmr #chiropractic
Terima komen lucah
Susulan video tersebut, rata-rata netizen meninggalkan komen berbaur lucah di ruangan balas berkenaan apabila pemenang Aktres Filem Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) memberikan respons terhadap rawatan yang diterimanya.
Rata-rata netizen berotak kuning ketika melihat aktres berumur 30 tahun itu sedang dirawat.
Malah, perawat terbabit juga terpalit apabila mereka menyifatkan beruntung dapat melegakan masalah yang ditanggung pelakon filem Miimaland.
Dalam pada itu, peminat juga menasihati Sophia untuk mengenakan pakaian yang sesuai ketika mendapatkan konsultasi.
Sebelum, Sophia menjadi bualan ramai selepas didakwa sudah putus cinta dengan Mr Doktor.