Aksi sorakan padu ‘makcik’ bertudung kuning curi tumpuan penyokong Harimau Malaya menentang Singapura semalam

Aksi sorakan padu ‘makcik’ bertudung kuning curi tumpuan penyokong Harimau Malaya menentang Singapura semalam

Aksi hebat Harimau Malaya, gelaran rasmi pasukan bolasepak negara menumpaskan Singapura malam tadi, pada perlawanan yang dianggap hidup dan mati di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi berjaya mendominasi perbincangan di dunia maya tamah air pagi ini.

Kejayaan bermakna ini bertambah manis apabila dilakukan di hadapan para penyokong sendiri, dengan rekod kehadiran perlawanan yang dicatatkan semalam melebihi 65 ribu orang.

Sumber – FB Hannah Yeoh

Perlawanan yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Harimau Malaya selepas berjaya menumpaskan pasukan dari Kota Temasek itu dengan jaringan bergaya 4-1 memberi kelegaan terhadap harapan tinggi peminat menyaksikan pasukan bolasepak negara ke pentas akhir.

Ianya sekaligus berharap dapat membalas dendam terhadap pasukan Vietnam yang berjaya menumpaskan kita dalam satu perlawanan penuh kontroversi melibatkan pengadil dari negara Jepun dalam peringkat kelayakan kumpulan sebelum ini.

Sumber – FB AFF Mitsubishi Electric Cup


Selain aksi menghiburkan disajikan pemain, tumpuan turut terarah kepada gelagat aksi para penyokong skuad negara.

Antara yang menjadi tumpuan di stadium semalam ialah gelagat seorang ‘makcik’ bertudung kuning yang begitu bersemangat memberikan sokongan terhadap aksi anak buah Kim Pan Gon di tengah padang.

Gelagat ‘makcik tersebut berjaya dirakam oleh salah seorang penyokong dan dikongsikan di laman-laman media sosial peminat sukan nombor satu tanah air itu.

Menerusi perkongsian daripada pemilik akaun FB Man Jacob, kelibat aksi ‘makcik’ yang dikatakan berasal daripada negeri Pahang itu dianggap begitu luar biasa.

.
Malah, aksinya menghamburkan sokongan terhadap para pemain seolah-olah menjadi capo atau ketua pasukan sorak Ultras Malaya, pasukan sorak kebanggaan penyokong Harimau Malaya yang begitu digeruni pasukan lawan sehingga kini.

Selain itu, stadium pertandingan juga turut dimeriahkan dengan pelbagai placard dan kain rentang bertujuan menaikkan semangat para pemain. Malah antara yang menjadi tumpuan lensa media ialah kain rentang bertulis ‘TIADA KELAB LEBIH BESAR DARI NEGARA‘ dipercaya merujuk kepada tindakan pasukan JDT yang enggan melepaskan pemainnya bermain pada pertandingan ini.

Sumber – FB

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan kerajaan perpaduan, Hannah Yeoh turut hadir memberi sokongan di kalangan lebih 65 ribu penyokong yang hadir semalam.

Sumber – FB Hannah Yeoh

Pasukan Harimau Malaya dijadualkan bertemu Thailand pada Sabtu, 7 Disember ini dalam pertemuan separuh akhir pertama sebelum bertandang ke negara Gajah Putih itu bagi perlawanan separuh akhir kedua pada 10 Disember.

Semoga pasukan Harimau Malaya berjaya mengulangi kejayaan menggondol kejuaran tersebut pada tahun 2010 dahulu.

Sumber – Google