Aksi ‘wheelie’ ayah bersama anak, polis sahkan berjaya tahan saspek [video]

Aksi ‘wheelie’ ayah bersama anak, polis sahkan berjaya tahan saspek [video]

.
KEJAYAAN TANGKAPAN BERKAIT VIDEO TULAR DI MEDIA SOSIAL

PADA 17 FEBRUARI 2022, JAM LEBIH KURANG 1500 HRS, BAHAGIAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK IBU PEJABAT POLIS JOHOR BAHRU UTARA TELAH MENERIMA SEBUAH VIDEO TULAR BERDURASI 36 SAAT BERKENAAN (1) LELAKI TEMPATAN YANG

MENUNGGANG SEBUAH M/SIKAL JENIS HONDA EX5 BERNOMBOR PENDAFTARAN W9400R BERSAMA SEORANG KANAK-KANAK PEREMPUAN YANG MEMBONCENG DI HADAPAN M/SIKAL SAMBIL MEMBUAT AKSI ‘WHEELY’ DENGAN CARA MENGANGKAT TAYARHADAPAN M/SIKAL.

AKSI MENUNGGANG M/SIKAL YANG BERBAHAYA TERSEBUT DIDAPATI TELAH DILAKUKAN DI JALAN BUKIT IMPIAN 1, TAMAN IMPIAN EMAS, SKUDAI, JOHOR. TUJUAN AKSI TERSEBUT DIBUAT ADALAH UNTUK MERAIH PERHATIAN WARGANET. AKSI TERSEBUT DIRAKAMKAN SENDIRI OLEH SUSPEK DENGAN MENGGUNAKAN TELEFON BIMBITNYA MELALUI PERTOLONGAN RAKANNYA SEBELUM DIMUAT NAIK KE LAMAN WEB FACEBOOKNYA IAITU “HAFIZ SIM” PADA 15 FEBRUARI 2022 LEBIH KURANG JAM 1900 HRS.

SEBANYAK (3) SAMAN TELAH DIKELUARKAN ANTARANYA IALAH NO. PENDAFTARAN KENDERAAN TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI (SEK. 14 (4) APJ 1987), CUKAI JALAN TAMAT TEMPOH (SEK. 15(1)A APJ1987) DAN TIDAK MEMAKAI TOPI KELEDAR, (PU(A)043/73-004).

PENUNGGANG M/SIKAL TERSEBUT TELAH DITAHAN BAGI MEMBANTU SIASATAN DAN BARANG KES TURUT DIRAMPAS.

KES DISIASAT DIBAWAH SEKSYEN 42 APJ 1987. JIKA SABIT KESALAHAN, SESEORANG BOLEH

DIPENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI LIMA TAHUN DAN DIDENDA TIDAK KURANG

DARIPADA LIMA RIBU RINGGIT DAN TIDAK LEBIH DARIPADA LIMA BELAS RIBU RINGGIT

DAN DALAM HAL SABITAN KALI KEDUA ATAU KALI KEMUDIAN, PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK MELEBIHI SEPULUH TAHUN DAN DENDA TIDAK KURANG DARIPADA SEPULUH RIBU RINGGIT DAN TIDAK LEBIH DARIPADA DUA PULUH RIBU RINGGIT.

PIHAK POLIS MENASIHATI ORANG RAMAI SUPAYA TIDAK MEMANDU KENDERAAN DAN MELAKUKAN AKSI-AKSI YANG BOLEH MENDATANGKAN BAHAYA KEPADA DIRI SENDIRI DAN JUGA PENGGUNA JALAN RAYA YANG LAIN.

Sumber – Facebook Polis Daerah Johor Bharu Utara