Aktivis alam sekitar, pemimpin politik dan profesional desak Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang disiasat berbohong

Nampaknya masih ramai yang tidak berpuas hati dengan jawapan Jabatan Perhutanan Pahang Negeri Pahang susulan banjir balak yang melanda penduduk Bentong baru-baru ini.
Ianya berlaku selepas kenyataan pengarahnya yang mengatakan banjir baLak itu berlaku berpunca daripada insiden ‘kepala air’, bukannya aktiviti pembalakan seperti yang didakwa ramai.
Namun selepas itu pengguna media sosial dikejutkan pula pengeluaran notis awam meminta pemilik balak menuntut balak mereka yang hanyut dalam banjir besar tersebut.
Isu tersebut bukan sahaja menarik perhatian aktivis alam sekitar dan pemimpin politik, malah ahli profesional turut menyoal pembohongan Pengarah Jabatan Perhutanan Pahang, yang dianggap sudah terang lagikan bersuluh.
Terkini, seorang ahli akademik dan pensyarah UPSI, Dr Rozaimi Ramle yang lebih dikenali dengan panggilan RORA turut menyentuh isu tersebut dalam hantaran terbarunya melalui laman FB beliau.
Tulisnya…
Laporan Sinar Harian ini betul-betul akan merungsingkan rakyat tentang kenyataan adan rasmi yang menafikan kewujudan aktiviti pembalakan. Sememangnya siasatan lanjut yang telus diperlukan untuk isu ini.
Kepada jabatan yang membuat laporan berkenaan saya mengharapkan anda berkata benar. Jika tidak, ingatlah pesan Nabi sallallah alaih wasallam ini:
ما من عبد يسترعيه الله رعية يموت يوم يموت وهو غاش لرعيته إلا حرم الله عليه الجنة
Maksudnya: Tidak ada seorang hamba yang Allah amanahkan untuk menjaga rakyat ketika hari dia mati dia menipu rakyatnya melainkan Allah haramkan ke atasnya syurga (HR al-Bukhari)
Dr. Rozaimi Ramle