Aktivis masyarakat dedah kepincangan kerajaan Perak, sumbang gajet usang dekat pelajar
Kau bayangkanlah betapa dangkalnya alasan kerajaan Perak bagi pelajar telefon pintar berkualiti rendah kerana dikatakan mahu elakkan pelajar main permainan video.
Ketika pertama kali aku baca berita ini, aku fikir telefon dia bagi tu adalah dalam 2gb ram + 16gb rom. Sebab sudah tahun 2021 kan.
Sekali aku baca betul-betul berita yang dilaporkan, rupa-rupanya pelajar ini diberikan telefon dengan 1gb ram + 8 gb rom, dengan kapasiti bateri 2,000 mAh.
Ini kalau guna perisian seperti Zoom mesti akan ‘hang’ punya. Belum lagi kalau guru berikan tugasan merakam/edit video, mesti perisian akan crash. Kalau kelas lebih dua jam pulak, kena hadiri kelas sambil pasang charger.
Telefon ini relevan 10 tahun lepas. Sekarang ada telefon pintar sekitar RM300-400 yang sudah cukup baik untuk kelas online.
Sumber: https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214856435802874&id=1786157517