Aktor senior ini selamba mengaku tanam 99 pokok ganja dan jadi pengedar

Aktor senior ini selamba mengaku tanam 99 pokok ganja dan jadi pengedar

 

Seorang aktor senior dari Indonesia, Kanjeng Raden Tumenggung Irwan Susetyo Pakusadewo menjadi buah mulut peminat selepas pengakuan yang dibuat sewaktu menjadi tetamu YouTube Deddy Corbuzier baru baru ini.

Dia yang lebih dikenali dengan nama popularnya, Tio Pakusadewo mengaku mempunyai perniagaan mengedar ganja yang diusahakan bersama sahabatnya.

Tio juga memberitahu dia dan sahabatnya menanam sekitar 99 pokok ganja di sebuah kawasan di Amerika Syarikat.

Meski di Indonesia atau beberapa negara menanam dan mengedar ganja adalah satu kesalahan, namun ia tidak berlaku dalam undang undang di Amerika Syarikat.

Ganja antaranya menjadi ubat untuk beberapa penyakit seperti salah satunya penyakit saraf, parkinson.

Kerana itu kata Tio, dia mengusahakan bisnes tersebut selepas mendapat izin pihak berkuasa tempatan.

Bintang filem Surat Dari Praha itu menceritakan, dia mempunyai sahabat yang menetap di Los Angeles, sekaligus memiliki sedikit kawasan untuk bercucuk tanam.

“Dulu saya selalu ulang alik ke LA, dan sahabat saya kebetulan punya tanah di situ, kawasannya kecil.

“Bila difikirkan apa yang boleh diusahakan dari tanah itu, kami memutuskan untuk tanam ganja selepas mendapat kelulusan dan keizinan dari pihak berkuasa.

“Jadi kami tanam hanya 99 batang pokok ganja. Hasilnya kemudian kami edarkan ke sebuah hospital iaitu Hospital Loma Linda, dua kali sebulan untuk tujuan digunakan sebagai perubatan,” jelas Tio seperti dilaporkan Viva.co.id.

Malah dia juga memberitahu menanam ganja secara hidroponik dan secara natural.

“Yang hidroponik ini dipisahkan sama natural kerana hidro ini boleh cepat dikirim ke sana, tapi 99 batang saja,”katanya yang mengaku mengedar ganja di sebuah hospital lain di California.

Saat ditanya mengenai penghasilan yang diperoleh dari bisnes tersebut, Tio dengan bahagia mengaku banyak.

“Ada duitnya tak?” tanya Deddy Corbuzier.

“Aduh kencang bos,” jawab aktor berusia 59 tahun itu tanpa memperincikan jumlah sebenar.

Namun kata Tio, hasil tersebut adalah pendapatan yang dikongsikan bersama sahabat yang ikut mengusahakan bisnes tersebut.

Dan dia mengaku, jika tidak mempunyai pendapatan dalam bidang seni, duit ganja inilah yang menghidupkannya sehari hari.

“Kalau saya tidak ada shooting, saya mendapatkan duit dari bisnes ini,” katanya.

Ironi, Tio sendiri pernah dua kali meringkuk di penjara atas kesalahan dadah.