“Aku ingatkan ada ‘toyol’ dalam rumah, sekali tengok kamera, rupanya ibu mertua punya angkara, kantoi tengah selongkar dompet”

“Aku ingatkan ada ‘toyol’ dalam rumah, sekali tengok kamera, rupanya ibu mertua punya angkara, kantoi tengah selongkar dompet”

 

Kalau sekali-sekala atau sikit kuantiti mesti tak terasa sangat hilang duit tapi bila sudah kerap mestilah nak soal siasat.

Bila pertama kali duduk serumah dengan mentua, mestilah kita tak akan nampak buruknya, mesti tengah berusaha nak ambil hati.

Seorang wanita tak menyangka kepercayaan diletak buat ibu mentuanya akhirnya bawa padah apabila duit yang hilang dari dompet rupanya adalah angkaranya.

Di bawah adalah luahan tersebut.

Aku berusia 26 tahun, suami aku pula 29 tahun. Usia perkahwinan kami bakal masuk tahun ketiga tahun ini.

Aku seorang suri rumah dan kami dikurniakan sepasang cahaya mata yang comel, yang sulung berumur dua tahun dan yang lagi sorang baru berusia tiga bulan lebih.

Mak mentua aku pula berumur 57 tahun, seorang janda yang telah diceraikan dua tahun lepas dan tidak bekerja.

Mak mentua tinggal dengan suami aku daripada suami aku bujang lagi sampai sekarang dah ada anak dua.

Hubungan aku dengan mak mentua masa awal perkahwinan ok je, tapi makin lama makin suram.

Biasalah pasang surut duduk satu bumbung dengan mak mentua ni. Kadang-kadang depan baik belakang faham-faham lah.

Orang kata dekat bau tahi, jauh bau wangi. Ok, ceritanya macam ni, dari awal perkahwinan kami, aku selalu perasan duit dalam dompet, beg tangan, wallet suami aku selalu hilang.

Aku pernah mengadu dekat suami pasal benda ni, dia cakap dari bujang dia duduk sini memang selalu je duit dia hilang tapi dia ni jenis tak nak cakap.

Bila aku tanya baru dia cakap. Masa mula-mula hilang tu, aku ade tanya mak mentua juga pasal duit dalam rumah kerap hilang.

Mak mentua kata duit dia pun juga selalu hilang, tapi dia pun tak pernah cakap dengan kami yang duit dia hilang.

Masing-masing diam je sama sendiri. Masa tu bulan puasa, adik aku tumpang tidur di rumah aku selama dua malam, sebab nak habiskan cuti dan nak jenguk anak buah katanya.

Hari dia nak pulang ke Kuala Lumpur, aku hantar dia ke stesen bas, lepas je dia naik bus, dia WhatsApp aku duit dia hilang RM20.

Aku jadi serba salah pula, yelah dah lah datang rumah aku, lepas tu duit hilang, tak apalah mungkin tak ada rezeki dia.

RM20 mungkin kecil bagi orang lain, tapi bagi kami, bagi adik aku yang hanya pelajar tu besar tahu nilai dia.

Kemudian, lepas dah dapat gaji, kami keluarlah beli barang dapur, barang anak-anak, apa-apa je la barang dalam rumah yang dah habis.

Sebelum tidur aku memang akan cek dan yakin dalam dompet aku ada RM400 lebih, sebab banyak kali aku kira.

Pagi tu memang aku tak tengok pun sebab sibuk nak membasuh mengemas rumah. Kemas barang-barang yang baru beli semua tu, memang sibuk.

Buat apa selalu nak tengok dompet kan. Petang tu suami ajak tukar tayar kereta lagi, aku pun buka dompet sebelum keluar, tengok-tengok tinggal RM300.

Aku dah mula tak sedap hati, ada toyol ke. Tak mungkin dalam rumah ni ada pencuri sebab semua duit kami hilang.

Masa keluar dengan suami berdua tu, suami cakap duit dia pun hilang jugak RM20 dalam wallet. Aduhai makin lama, makin banyak pula duit hilang.

Dalam diam aku rancang seorang diri untuk tangkap siapalah pencuri duit ni, dalam fikiran aku ada dua orang antara suami sendiri atau mak mentua.

Aku ambil kamera yang patutnya letak dalam kereta, aku pasang benda tu dalam bilik.

Waktu pertama kali pasang, masa tu aku keluar dengan suami nak tukar tayar tu, tengok-tengok mak mentua yang masok bilik aku.

Dia goncang-goncang tabung bilik aku, dia buka laci anak-anak aku. Ok tak ada duit yang hilang.

Aku tunjuk video tu dekat suami, suami kata sangka baik je mungkin dia cari ketip kuku sebab memang waktu tu kami duk cari ketip kuku hilang.

Masa kami balik pun mak mentua ade bagitahu dah jumpa ketip kuku. Ok tak ap aku cuba untuk husnuzon.

Kemudian kali keDUA aku dapat tangkap mak mentua aku geledah handbeg aku dan bilik kami waktu kami keluar.

dia goncang tabung, bukak tabung, yang ada dalam dompet aku tu duit simpanan belanja anak aku yang sulung.

Yang anak nombor dua aku letak dekat tempat lain. Aku tak sempat lagi nak masukkan dalam bank.

Dalam video tu memang nampak jelas memang mak mentua geledah bilik kami. Aku rasa nak marah sangat-sangat.

Bila depan kami, kami nak keluar je, mesti dia yang sibuk-sibuk kononnya suruh kunci pintu bilik.

Tapi belakang kami dia berani masok bilik kami bukak beg tangan aku. Aku sendiri pun segan nak masok bilik dia apatah lagi nak geledah beg tangan dia.

Aku tak tahu mana silapnya kami ni. Nak cakap tak bagi duit dekat dia, kami ada bagi duit tapi tak adalah banyak sangat dan bukanlah setiap bulan.

Selalunya bila suami dapat bonus, dia akan bagi duit, bukan sikit, kadang-kadang RM200, kalau dapat lebih bagi RM300.

Lagipun kami dah sediakan barang rumah, barang untuk masak, untuk makan, duit bil semua kami yang selesaikan.

Belikan baju, seluar yang dalam-dalam pun kami pastikan mak mentua ada semua cukup. Duit top up pun suami aku belikan setiap bulan.

Ya, kami tak mampu nak bagi duit dekat tangan tapi kami lengkapkan yang lain. Duit yang kami pinjam dengan dia dulu pun dah dipulangkan.

Dari semalam fikiran aku terganggu pasal video mak mentua geledah beg tangan aku, aku tak sangka, tergamak mak mentua, tergamak dia mencuri.

Bukan duit aku tapi duit anak dia sendiri. Sebab dalam rumah kami hanya suami sahaja yang bekerja.

Aku dan suami telah berbincang untuk pasang mangga setiap bilik dengan alasan risau kalau tinggal rumah lama bilik tak berkunci sebab tak nak mak mentua perasan pasal hal ni.

Aku tak sanggup nak berdepan dengan mak mentua, terus terang yang kami dah tahu. Aku tak nak dia malu dan nanti makin rosak hubungan kami.