Aku kahwin dengan mat rempit, gaji aku RM6,000, gaji dia RM1,500 je tapi dia suruh aku berhenti duduk rumah, lepas dapat anak seorang akhirnya…..

Aku kahwin dengan mat rempit, gaji aku RM6,000, gaji dia RM1,500 je tapi dia suruh aku berhenti duduk rumah, lepas dapat anak seorang akhirnya…..

 

Kata orang cinta itu buta dan cinta tidak kenal bangsa, warna kulit, darjat atau rupa. Apabila sudah jatuh cinta semuanya betul dimata kita.

Jadi, tidak hairanlah jika kita lihat ada pasangan yang berkahwin berbeza darjat. Sebagai contoh ada yang isterinya doktor manakala suaminya pula seorang posmen dan ada juga isterinya kerja kilang dan suaminya CEO syarikat besar.

Itulah dinamakan cinta. Cinta tidak mengenal pangkat atau darjat.

Kali ini kami ingin berkongsi kepada anda satu kisah seorang wanita yang berkahwin dengan seorang Mat Rempit. Kisah ini bermula apabila mereka mendapat seorang anak. Jom baca…

Dari awal perkenalan tu lah gaji dia. Ada motor sebiji. Solat pun tunggang langgang. Alah biasa lah bekas mat rempit. Saya ini pula bukan seorang yang suka bersosial. Senang cerita memang sangat berlawanan lah dengan dia.

Dijadikan cerita masa nak kahwin, niat saya nak bimbing dia. Jadi selalu bangun malam doakan dia berubah seandainya dia jodoh saya. Kami sama-sama pasang niat nak berkahwin untuk dapat redha Allah.

Saya seorang yang bekerjaya dan gaji 6,000k++, suami masa tu RM1,500 sebulan. Bayangkan suami minta saya duduk di rumah jadi suri rumah sepenuh masa, jangan bekerja disebabkan saya alahan mengandung sampai 9 bulan.

Apa yang saya suka pada suami saya ni, dia tidak pernah usik duit simpanan saya walaupun dia bukan bergaji besar. Kami hidup ala kadar dan bersederhana. Tapi setiap hari saya tak lupa solat dhuha, baca Al-Quran dan Surah Al-waqiah, (Baca Surah Al-waqiah kelebihan tidak akan mewarisi kepapaan dan sentiasa murah rezeki). Saya juga tidak lupa berdoa untuk dimurahkan rezeki kami.

Alhamdulillah suami pula, sudah mula solat jemaah di masjid. Selepas lahir anak pertama kami, kehidupan kami berubah. Memang betul orang kata anak pembawa rezeki. Kami pun berpindah daripada rumah mertua dan sewa bilik kecil. Bayangkan sewa bilik sahaja. Sebab saya tidak selesa duduk serumah dengan mertua.

Masa baru-baru pindah rumah suami takut tak mampu tanggung keluarga tetapi saya yakinkan suami bahawa kita ada Allah. Saya cakap dengan dia bahagiakan hati isteri, InsyaAllah ada pertolongan dari Allah… Percayalah.

Masa berlalu begitu pantas. Sedar sudah 2 tahun kami tinggal di situ. Dalam bilik tu la kami memasak. Tapi saya sentiasa pastikan semuanya dalam keadaan kemas. Selepas tu, Allah bagi rezeki yang tidak pernah putus. Suami mula berjinak-jinak dengan berbisnes secara kecil-kecilan. Syukur sangat income suami 5 angka.

Sekarang kami sudah menyewa rumah lain yang jauh lebih selesa memandangkan saya tengah mengandung anak kedua. InshaAllah suatu hari nanti boleh buat rumah sendiri pula. Setiap hari suami bagi RM200 pada saya. Saya yang akan rancang kewangan keluarga kecil kami.

Daripada duit tu saya beli keperluan rumah macam barang-barang dapur, bayar bil api air, kereta, roadtax, keperluan anak,insurans kami 3 beranak, bagi mertua RM1000 sebulan, itupun tidak termasuk bil api dan air rumah mertua. Manakala duit lebih tu suami cakap nafkah saya. 1k-2k jugak lah. Syukur sangat masa tu. Kalau kami pergi jalan-jalan, atau shopping suami akan hulur duit lain. Barang basah suami yang belikan. Duit lebihan income suami, jadikan simpanan. Sekarang kami tiada hutang melainkan loan kereta dan pinjaman PTPTN saya. Sekarang kami sudah mampu beli kereta yang lebih selesa. Apa yang kami suami isteri amalkan jangan merungut dan jangan mengungkit.

Apa yang saya nak kongsi disini, Allah pemilik hati kita. Bila kita tak suka perangai suami atau isteri, mohonlah pada Allah terbalikkan. Allah maha pengasih lagi penyayang. Saya berhenti kerja niat Allah bagi rezeki melalui suami saya. Alhamdulillah Allah makbul, walaupun tahun pertama kahwin macam-macam dugaan yang datang. Biasalah hidup berumah tangga kan. Cuma satu je jangan pernah sekali berputus asa. Sekarang saya buat bisnes online sambil-sambil duduk dirumah.

Suami atau isteri adalah manusia biasa. Masing-masing tidak sempurna, doa adalah senjata yang paling berkesan. Balik kepada Allah, Allah akan tolong tidak kira siapa kita dahulu. Lagi satu kelebihan suami memang tak kedekut serta jaga kebajikan orang tua, rezeki sentiasa bertambah dan tak pernah putus. Doakan kami sekeluarga bahagia dan mendapat rahmat Allah sehingga ke syurga. Amin.

Pengajaran yang dibuat dari kisah ini adalah kita janganlah sesekali memandang rendah pada orang biasa kerana orang biasa itu juga suatu hari nanti boleh menjadi seorang yang luar biasa. Jika kita mempunyai pasangan yang biasa maka berdoakan kepadanya supaya suatu hari nanti dia boleh menjadi insan yang luar biasa. Doa seorang isteri kepada suaminya sangatlah mujarab. Jangan malu untuk berdoa kepada-Nya.