“Aku mahu bela diri aku, dia beriku duit.. tapi kau tak tahu seberapa jahatnya dia” – Mondy

“Aku mahu bela diri aku, dia beriku duit.. tapi kau tak tahu seberapa jahatnya dia” – Mondy

Pada sekitar bulan Jun lalu, Mondy yang dikenali sebagai Mondy Tatto telah datang ke Malaysia dengan bantuan seseorang. Namun tidak lama kemudian, selepas 2 bulan Mondy tampil dengan imej tidak bertudung dan berjubah seperti ketika berada di Malaysia.

Mondy cuba dedah sebalik cerita dia bersama ‘orang itu’ ketika di Malaysia..

Dalam perkongsian instagram Caprice yang memperlihatkan kedatangan Mondy ke podcast dengan gaya kembali free hair dan hanya mengenakan topi serta memakai baju berlengan pendek. Sebelum ini, Mondy pernah di bantu oleh seseorang apabila tiba di Malaysia dalam keadaan menjadi gelendangan kemudian berubah imej menjadi wanita solehah dengan pakaian jubah dan tudung labuh.

Biar semua orang tidak menyalahkan diri aku saja.. aku mahu membela diri aku..

Mondy sempat berkongsi tentang pembelaan dirinya terhadap kritikan netizen mengenai perubahan imej untuk tidak bertudung. Mondy berkata orang ramai terutamanya netizen tidak mengetahui apa yang dialami antara dia dan ‘orang itu’ sehingga berubah menjadi seperti dahulu. Mondy cuba menjelaskan bahawa orang luar hanya melihat dirinya dibantu oleh seseorang yang kelihatan baik seperti diberikannya duit dan dibelikan macam-macam tetapi orang tidak melihat sesi buruk dan kotor seseorang yang menolongnya.

 

Aku mahu pulang saja..

Selepas 2 bulan berada di Malaysia, Mondy berkata bahawa dia berhasrat untuk pulang ke negara asalnya iaitu Indonesia namun dihalang oleh seseorang. Dia malah disuruh untuk menambah hari supaya dapat menetap di Malaysia lebih lama. Mondy sampai terfikir untuk menghubungi pihak imgrisen Indonesia sekiranya ‘orang itu’ tidak menghantarnya pulang ke negara asal. Tambahan pula, caprice sempat berkongsi rakaman Mondy menangis di sisi isterinya seakan-akan dia meratapi kesusahan yang dialami.