“Aku merasakan atas badanku diramas-ramas lembut, aku terkejut lalu menjerit dan terus terduduk, rupanya atuk yang berdiri di tepi katil”

“Aku merasakan atas badanku diramas-ramas lembut, aku terkejut lalu menjerit dan terus terduduk, rupanya atuk yang berdiri di tepi katil”

 

Walaupun sukar, ibu bapa perlu mendedahkan anak-anak tentang gangguan seksual agar mereka sedar ia adalah salah jika ada individu yang memegang bahagian sulit mereka.

Buat wanita ini dia tidak sangka sudah menjadi mangsa gangguan seksual sejak kecil kerana selalu menganggap perbuatan belaian itu sebagai tanda sayang.

Bunga Kesayangan Rupanya Hamba Seksual – Bunga (bukan nama sebenar) menerusi IIUMC.

“Aku Bunga, berusia 31 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Namun, hidupku sering dibayangi pengalaman masa kecilku.

Papaku anak sulung dalam keluarganya. Aku adalah cucu sulung bagi keluarga sebelah papa.

Cucu kesayangan atuk dan nenek serta anak saudara kesayangan pakngah, paklang, makcik dan paksu. Aku sering dimanjakan mereka.

Sejak berusia dua tahun lagi, aku akan tidur bersama atuk dan nenek setiap kali pulang ke kampung. Seingat aku, hingga aku berusia 16 tahun. Sudah menjadi rutin.

Aku masih tidur bersama atuk dan nenek beramai ramai bersama adik adikku yang lain.

Atuk dan nenek sering memeluk dan menciumku membuatkan aku begitu selesa dan terasa diri disayangi dan diberi perhatian sepenuhnya.

Bagiku, sedangkan mama dan papa jarang memelukku erat terutama sejak lahirnya adik adikku.

Bukan kerana mereka tidak sayang akan aku. Cuma, mereka sibuk menguruskan kehidupan aku dan adik adik.

Segar diingatan aku, sewaktu tidur siang di rumah atuk. Atuk akan memelukku erat dengan penuh kasih sayang.

Atuk sering mengusap usap kepalaku dan badanku hingga aku lali, lalu tertidur. Atuk juga sering memasukkan tangannya ke dalam seluarku lalu mengusap lembut bawah aku.

Aku begitu selesa dimanjakan dan disayang atuk sedemikian. Kejadian ini sudah tidak terhitung kekerapannya. Rasanya bermula sekira usia 3 – 4 tahun sehingga 9 tahun.

Bagiku, tindakan itu tindakan biasa seorang atuk menidurkan cucunya. Aku pun selesa diperlakukan sedemikian. Tenang sekali.

Atuk juga kadang melakukannya sewaktu tengah malam ketika aku sedang tidur. Aku merasakan betapa atuk sayang akan aku apabila dibelai belai sedemikian.

Namun, perlakuan itu hanya apabila aku bersama atuk. Sekiranya nenek ada bersama, atuk tidak sedemikian.

Aku sama sekali tidak menyedari dan tidak mengetahui bahawa itu adalah gangguan seksual.

Badanku diraba raba atuk. Sedangkan aku merasakan bahawa ia adalah curahan kasih sayang atuk.

Atuk semakin jarang melakukannya apabila aku meningkat usia. Mungkin kerana tidak mahu tembelangnya pecah.

Sejak usiaku 10 tahun, atuk tidak lagi melakukannya. Namun, perhatian dan kasih sayang atuk tetap sama seperti dulu.

Cucu cucunya akan dimanjakan dan dipenuhi segala permintaan. Marahi atau dijentik jauh sekali.

Sekiranya mama dan papa memarahiku, pasti atuk membela. Jadi, aku terasa sangat disayangi atuk.

Aku merupakan cucu kebanggaan atuk kerana cemerlang dalam akademik dan kokurikulum.

Setiap kali cuti sekolah, pasti aku akan bermalam di rumah atuk. Atuk tidak lagi merabaku tetapi masih mencium dan memelukku erat terutamanya sewaktu tidur.

Ketika itu, aku merasakan yang atuk sangat sayang akan aku. Kenangan sewaktu zaman kanak-kanakku begitu indah dan manis manis belaka setiap kali pulang ke kampung dan tinggal bersama atuk nenek.

Apabila ke sekolah, aku telah didedahkan dengan ilmu berkenaan gangguan seksual sewaktu berusia 11 tahun.

Walau bagaimanapun, aku sama sekali tidak dapat menghubungkaitkan kejadian yang menimpaku sebagai suatu bentuk gangguan seksual.

Dipendekkan cerita, sewaktu aku berusia 16 tahun, aku pulang ke kampung seperti biasa. Akibat keletihan dengan aktiviti kokurikulum di siang hari, aku berehat di bilik atuk lalu tertidur.

Adik adiku semunya masih belum tidur kerana masih menonton televisyen. Nenek pula masih sibuk berborak dengan kedua ibu bapaku. Rasanya masih awal, kira kira jam 9 malam.

Tiba tiba, aku merasakan seolah-olah ada benda merayap pada tubuhku. Aku menepis, tetapi benda itu merayap lagi ke bahagian atas badanku.

Aku merasakan atas badanku diramas ramas lembut. Aku terkejut lalu menjerit dan terus terduduk.

Kelihatan atuk yang berdiri di tepi katil. “Mimpi hantu ke? Tu la, tak mandi sebelum tidur,” kata atuk sambil ketawa kecil sambil mengusap kepalaku.

Mama dan papa yang bergegas datang menjenguk sekadar geleng kepala apabila mengetahui bahawa aku sekadar mengigau.

Atuk terus berada di bilik itu, meneruskan misi pencarian lampu suluh katanya. Sepatutnya berada di celah celah bantal di atas katil itu.

Pada ketika itu, aku masih mamai. Aku menjadi tidak pasti sama ada aku hanya mengigau dan melebih lebih terasa seperti diraba dan diramas sedangkan tiada apa yang berlaku.

Aku mengadu pada atuk bahawa ada benda merayap atas tubuhku. Atuk mengatakan biliknya kadang kala ada tikus. Mungkin tikus.

Mana tidaknya, aku tidur tanpa mandi setelah berpeluh peluh hingga melekit pada siang hari.

Aku jadi percaya, kerana aku pun pernah lihat tikus melintas melalui atas kayu kepala katil, cuma tidak jatuh ke atas tilam.

Aku bingkas bangun lalu ke bilik air untuk mandi. Aku hanya melupakan hal itu begitu sahaja.

Makin meningkat dewasa. Aku terbaca banyak kes cbul dan rgol oleh keluarga terdekat seperti bapa dan adik beradik lelaki.

Entah bagaimana, ketika usiaku 20 tahun, aku teringat akan perlakuan atuk. Adakah aku mangsa seksual atuk? Perlukah aku membuat laporan polis?

Tapi, aku belum rosak dan masih dara kerana atuk sekadar meraba badanku. Perlukan aku adukan pada kedua-dua ibu bapaku?

Bagaimana perasaan mereka? Bagaimana kalau semua orang tahu? Bagaimana dengan maruah dan masa depanku? Bagaimana masyarakat akan memandangku selepas itu?

Dan, yang paling menyakitkan adalah, atuk telah meninggal ketika usiaku 18 tahun.

Ada beza ke aku luahkan? Atuk sudah terlepas tindakan undang undang di dunia ini kerana beliau sudah dijemput Ilahi.

Faham tak perasaan aku? Bunga kesayangan atuk rupanya hamba s3ksual atuk? Sukar diterima dek akal yang waras. Aku menangis semahu mahunya.

Kenapa sewaktu atuk telah pergi, baru aku sedar akan semua ini? Kenapa aku begitu naif sehingga tidak sedar bahawa aku mangsa s3ksual?

Aku cemerlang dalam akademik tetapi betapa bdohnya aku soal gangguan s3ksual dan kes cbul ini.

Ceteknya mindaku yang sering merasakan bahawa segalanya baik baik sahaja dan betapa aku bahagia disayangi dan dimanjakan sedemikian.

Sedih. Takut. Kecewa. Pelbagai perasaan saling bercampur, sukar untuk diungkapkan.

Aku kuatkan hati. Membongkar perlakuan atuk sekadar mengundang aib diriku dan keluarga. Aku hanya menyimpan kisah hitam ini sendirian.

Sejak itu, hidupku dibayangi kebdohan aku dengan perlakuan atuk. Jiwa aku meronta. Sebenarnya, aku masih trauma walau sudah berkahwin.

Suamiku tidak boleh menyentuh sesuka hati, seringkali aku terkejut dan bertindak balas seolah meronta dan mempertahankan diri (mengelak, menendang, menumbuk, menepis, dll).

Aku hanya menyedari trauma sedemikian setelah berkahwin. Aku tidak pernah berterus terang dengan suamiku hal sebenar.

Suamiku hanya menganggap aku mudah terkejut orangnya dan berusaha untuk tidak menyentuh aku secara tiba tiba.

Kadang kadang, aku sampai menangis dan meminta maaf kepada suamiku andai reaksi atau tindak balasku keterlaluan.

Kiranya, suamiku sudah faham dan sentiasa berwaspada dengan sebarang tindakan refleks aku hingga kini, walau anak dah dua.

Ada ketikanya, aku merasakan dunia aku gelap. Walau diterangi dengan suami, anak anak dan keluarga sehingga aku menangis sendirian mengenangkan aku sebagai mangsa, hamba seksual atukku.

Aku cuba memujuk hati memaafkan atuk agar dia lebih tenang di alam sana.

Begitu banyak kebaikan dan kasih sayang atuk. Namun kepahitan ini jua yang masih bermain di fikiran hingga aku meluahkannya di sini.