“Aku patah balik ke rumah, sampai rumah aku masuk mcm biasa, aku pun masuk bilik nak ambik beg, buka pintu nmpk bini aku ada dgn jantan lain atas katil, tgh sedap bermesra, berpeluk2 bagai, macam nak pecah jantung aku masa tu”

“Aku patah balik ke rumah, sampai rumah aku masuk mcm biasa, aku pun masuk bilik nak ambik beg, buka pintu nmpk bini aku ada dgn jantan lain atas katil, tgh sedap bermesra, berpeluk2 bagai, macam nak pecah jantung aku masa tu”

 

Seorang suami meluahkan rasa kecewa apabila mengetahui isteri yang disayangi berlaku curang sehingga sanggup membawa lelaki lain masuk ke dalam rumah.

Kisah lelaki tersebut dikongsikan semula oleh kawannya menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook Tuan Amir Danau.

Menurut Tuan Amir, rakannya itu berkahwin pada usia yang muda, namun perkahwinan mereka tidak bertahan lama kerana gangguan orang ketiga.

Katanya, kisah kecurangan isteri kepada rakannya itu terbongkar apabila pada suatu hari lelaki tersebut perlu ke Langkawi atas urusan kerja dan secara kebetulan dia tertinggal beg di rumah sehingga terpaksa berpatah balik.

“Hari itu aku ada kena pergi outstation (kerja luar). Sepatutnya kena ke Langkawi urusan kerja. Tujuh hari aku kena pergi. Pagi itu bini aku siap-siapkan aku, siapkan barang-barang aku untuk aku ke outstation.

“Aku keluar naik kereta, menghala dah ke Kedah. Ada nak 20 minit aku dah keluar. Tiba-tiba aku baru perasan, beg kerja aku tak bawa, segala dokumen dalam beg itu. Malas nak hubungi bini aku masa itu sebab pagi-pagi ini mesti dia sambung tidur.

“Aku pun patah balik ke rumah. Sampai je rumah, aku masuk macam biasa, aku pun masuk bilik nak ambik beg, bukak pintu nampak bini aku ada dengan jantan lain atas katil. Tengah sedap bermesra. Berpeluk-peluk bagai. Macam nak pecah jantung aku masa itu,” tulis Tuan Amir seperti mana kisah diceritakan rakannya itu.

Setelah terkejut melihat tindakan tidak bermoral isterinya, Tuan Amir memaklumkan rakannya itu tanpa bercakap panjang terus melangkah keluar dari rumah selepas mengambil beg kerja yang tertinggal.

Jelasnya, lelaki tersebut nekad menceraikan wanita itu dengan talak satu melalui mesej di aplikasi WhatsApp.