“Aku PJJ dengan suami selama dua tahun, boleh dia buat ‘lena’ dengan janda, dua-dua aku tibai cukup-cukup”

“Aku PJJ dengan suami selama dua tahun, boleh dia buat ‘lena’ dengan janda, dua-dua aku tibai cukup-cukup”

 

Aku menulis dengan tangan yang menggigil. Jadi cerita mungkin berterabur tapi aku cuba tulis baik baik ye.

Nama aku Farah (mestilah bukan nama sebenar, nak tutup aib semua orang kan?) Umur 30an, bekerja, ada anak kecil. Ada rumah, ada duit simpanan, ada kereta sendiri. Suami aku sebaya.

Bukan niat membuka cerita rumah tangga, tapi aku nak perempuan perempuan yang mengharapkan cinta dan duit suami orang lain (the other woman),

Dan lelaki lelaki yang pernah curang kepada isteri untuk tahu, dan faham apa yang akan berlakunya selepas kantoinya korang di tangan isteri yang ditipu.

Ye, ditipu. Simpan gambar dan video tak senonoh. Berbual di whatsapp dengan imaginasi imaginasi yang ‘nakal nakal’. Sampai aku menggigil membaca.

Suami aku baik, rajin layan anak anak, rajin menolong kat dapur. Dia kerja kat KL, aku kat selatan tanah air. PJJ. Bila PJJ ni, ada J (Janda) yang datang cucuk jarum.

Ye la, suami jauh dari isteri. Bila whatsapp, banyak cerita pasal anak, pasal life, tak ada cerita pasal ‘nakal nakal’, so suami aku layan J yang datang serah diri.

Salah aku la kot tak sempat nak layan laki aku time kitorang jauh. Habis tu kalau aku dah sibuk nak layan dia kat whatsapp, siapa pulak nak urus rumah dan anak anak kecik ni kan?

Diorang kantoi bila aku baca whatsapp diorang. Menggigil tangan, rasa nak muntah, loya sangat sangat.

Siapa sangka suami yang selama ni letak handphone sepah sepah, password hp tak pernah tukar dari dulu (aku memang tau password dia), tindak tanduk yang tak mencurigakan langsung, akan buat macam ni.

Dua tahun aku kena tipu. Dua tahun yang full dengan birthday party, birthday surprises, holiday sana sini, bermaafan di hari raya, ambil gambar sweet sweet, rupanya semua tu tipu.

Tapi sebagai perempuan, isteri dan ibu, aku tak anggap diri aku lemah. Dan aku memang bukan jenis macam tu (alhamdulillah). Aku whatsapp perempuan tu. Aku screenshot segala whatsapp diorang. Aku terus terang tanya segala yang aku nak tau.

Perempuan tu? Gelabah ayam. Block aku kat whatsapp. Takpe, aku telegram dia pulak. Dia block aku kat telegram. Aku maki dia. Aku panggil dia pelacur.

Ye la, dia kata dia cuma berbual hal kerja je dengan suami aku. Tapi hal kerja dia sampai tunjuk segala dalam kain baju, bukankah dia bekerja sebagai pelacur maksudnya??

J kerja apa?

Kerja dia suci murni. Jaga dan mengajar anak anak kecil yang tiada dosa. Kat rumah pun dia ada 4 lagi anak. Tapi sayangnya perangai dia, nauzubillah.

Masa aku mengamuk, suami aku kata dia tak tau apa apa pasal J. Tempat keje, nama sebenar, segala gala la. Dia cuma whatsapp je. Je.

Dia ingat aku bodoh? Aku baca setiap whatsapp diorang yang aku dah screensh0t. Aku zoom setiap gambar. Sampai aku jumpa info kursus yang J attend.

Aku search nama kursus tu, aku call penganjur. Aku kalentong penganjur sampai dia bagi aku nama tempat kerja J. Binggo!

Lepas J block nombor aku, aku beli nombor baru. Aku try contact dia. Aku bagitau dia aku dah tau dia kerja mana. Aku akan call tempat kerja dia dan bukak cerita ni pada kawan tempat kerja dia yang angkat kalau aku call nanti.

Ye, gila aku dah sampai level 100. Kira kalau charge phone dah full la. Aku akan buat apa saja. Aku dah tak pedulik.

Suami aku?

Dia ambil cuti emergency. Dia balik rumah. Aku hentam dia kaw kaw. Merayu rayu menangis nangis macam ada orang mati.

Bagi aku ni salah dua dua. So dua dua aku tibai. Aku tak kata suami aku tak salah just because he is my husband. No.

Akhirnya J jawab call aku. J cerita semua. Menangis nangis mohon jangan call tempat kerja dia.

Aku menangis tak?

Tipu la aku tak menangis. Sambil taip ni pun aku masih gigil, loya, seram sejuk kaki dan tangan aku.

Suami aku nangis teruk? Aku cerita kat dia kesusahan aku jaga anak sorang sorang isnin jumaat. Kitorang kan PJJ.

Aku cerita betapa aku takut bila malam malam tu dengar bunyi grille (mungkin orang, mungkin kucing), aku akan check dari tingkap kalau dengar ada kereta or motor lalu tengah tengah malam.

Aku ganti tayar kereta malam malam sebab tayar kena paku. Aku balik kerja dah petang tapi anak anak nak makan, nak ajak main. Semua tu aku tanggung sorang dari isnin jumaat.

Dia? Apa dia buat time aku takut malam malam tu? Dia ber’asm4r4′ dengan J. Aku pulak berdoa macam macam supaya tak ada benda buruk berlaku kat kitorang anak beranak. Bu11sh1t.

Kenapa J nangis?

Dia rayu aku jangan call ofis dia. Dia ibu tunggal. Nak sara anak anak. Dia harap dapat kawen dengan laki aku supaya dia terbela. Bdoh. Dia ingat laki aku kaya sangat sampai mampu nak tanggung 2 family. Hello?????

Walaupun korang mungkin nampak aku agak keras, aku menangis jugak. Kat tempat kerja bila aku teringat, aku nangis sorang sorang kat surau. Time drive balik kerja, aku stop tepi jalan untuk nangis puas puas sebelum aku sampai rumah.

Aku larikan diri dari rumah. Aku menyorok kat masjid. Aku tak boleh pandang muka suami aku. Well, kena tipu kan, hati siapa tak pedih. Malas aku nak describe, siapa yang pernah kena, dia tau la.

So apa point aku?

1. Para isteri, letakkan at least 10% ketidakpercayaan pada suami. Walaupun ko tau password hp dia.

2. Hey ladies, kita jangan lemah! Nangis la, takpe, tapi kita mesti bertindak! Kalau rasa nak menggila, ko menggila je. Selagi ko tak bukak langkah, selagi tu ko kena pijak.

3. To the other woman, open your eyes. Tak semestinya bila lelaki tu kerja helok, bawak kereta besar, dia sebenarnya kaya. Ko tak tau ada percent duit isteri dia dalam segala kemewahan dia yang ko nampak. Lepas tu ko sengaja belanja body, and sedap sedap nak menumpang? Sorry.

4. Untuk para suami, sama ada yang belum, dah atau sedang menipu, percayalah bukan ko sorang boleh menipu. Isteri ko pun boleh menipu kalau dia nak, kalau dia pun buta macam ko.

Tapi terima la akibatnya, contoh macam anak anak ter4b4i, lepas tu jadi kurang ajar, pastu ambil ddah, masuk jail. Siapa diorang tu? Zuriat korang la. Diorang jadi macam tu sebab ko/isteri ko terlalu mengikut kata nfsu.

Jadi aku macam mana sekarang?

Aku happy. Enjoying my life with my husband and kids. Honestly aku tak boleh lupa pasal ni. Parut tebal bro. Sampai sekarang aku tak percaya suami aku. 50%. Bila ada kesempatan, aku check hp dia. Cukuplah jadi lembut, jadi bdoh.

Yang pasti, bila aku fikir fikir balik, kenapa aku gila gila marah and fight masa diorang kantoi. Now aku rasa aku dah tau jawapan dia.

Sebab anak anak. Aku nak anak anak aku happy, tak perlu pilih nak ibu atau ayah.

Sebab aku nak pertahankan rumah tangga aku. Bukan sebab aku cintakan suami aku macam aku cintakan dia dulu. Its ok, aku boleh!