“Aku sangap ni..”- Tular babak Projek High Council, rupanya ramai lelaki pernah ‘kena’ dengan senior di asrama

“Aku sangap ni..”- Tular babak Projek High Council, rupanya ramai lelaki pernah ‘kena’ dengan senior di asrama

 

Drama Projek High Council trending setiap minggu sejak mula ditayangkan  apatah lagi ia dikatakan diambil daripada kisah sebenar sebuah sekolah berasrama penuh popular.

Ramai berpendapat kes buli dipaparkan di dalam siri itu memang relatable malah ada yang mendedahkan bahawa sexual assault juga turut berlaku di kebanyakan sekolah.

Babak seorang pelajar yang menerima serangan seksual daripada senior menerusi drama itu meraih perhatian ramai selepas ia tular di media sosial.

Warganet membicarakan tentang tentang budaya ragging dan seniority di kebanyakan sekolah lelaki tidak kiralah asrama penuh atau asrama biasa.

Menerusi thread Twitter itu, ramai yang membuka cerita dan pengalaman mereka diserang secara seksual oleh pelajar senior mereka di asrama.

Rata-ratanya masih trauma sehingga kini dan ada yang turut mengakui mereka merahsiakan perkara tersebut daripada ibu bapa sehingga ke hari ini.

Malah, lelaki yang memuat naik video itu juga pernah berkongsi tentang pengalamannya dirogol oleh pelajar lelaki senior di asrama sewaktu berusia 15 tahun dahulu.

Cerita ini secara tidak langsung membuka mata ramai orang dan sedar bahawa kes serangan seksual bukan hanya berlaku kepada perempuan tetapi juga lelaki.