“Alami kejang badan hingga mengerekot, mata putih jadi merah” – Budak 12 tahun disyaki korban terbaharu strok haba
Cuaca panas terik yang sedang melanda Malaysia sekarang tidak seharusnya dipandang remeh oleh orang awam. Terdahulu dilaporkan 2 budak bawah umur telah pergi selamanya akibat mengalami strok haba. Simptom yang dialami mereka rata-ratanya adalah agak serupa iaitu demam serta muntah-muntah akibat kekeringan air dalam badan.
Meracau cakap benda yang bukan-bukan
Terbaharu, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Airiel Syahren menghembuskan nafas terakhir di sebuah pusat perubatan bertempat di Kluang, 7 pagi semalam disyaki juga kerana strok haba. Antara tanda lain yang dialami adalah demam tidak berpeluh, kekejangan otot dan meracau teruk hingga bercakap benda bukan-bukan.
Jam 10 malam, Ahad, Airiel alami kekejangan hingga badan mengerekot
Selain Airiel, difahamkan ibu dan adiknya turut mengalami demam namun sudah mengambil ubat seperti biasa. Hinggalah pada jam 10 malam, Ahad, si ayah yang khuatir bilik tidur terlalu sejuk telah menyuruh Airiel berpindah rehat ke ruang tamu. Mendengar bunyi tergolek, alangkah paniknya apabila melihat pelajar darjah 6 itu sedang alami kekejangan teruk sehingga terberak, terkencing dan meronta-ronta.
Masa tinjau sebalik tabir, mata putih anak jadi merah..Saya cakap dalam hati, saya izinkan dia ‘pergi’
Lebih mencemaskan, adik kepada Airiel yang berusia 9 tahun turut melalui episod kekejangan namun syukurlah cuma sementara. Daripada penjelasan doktor, benarlah Allahyarham Airiel disahkan mengalami tanda-tanda strok haba.