“Alangkah terkejut, aku secara tak sengaja tengok ibu mentuaku berada dalam posisi mengangkang atas nasi panas, barulah aku sedar yang aku dah jadi bodoh kena pukau wanita tua itu”

“Alangkah terkejut, aku secara tak sengaja tengok ibu mentuaku berada dalam posisi mengangkang atas nasi panas, barulah aku sedar yang aku dah jadi bodoh kena pukau wanita tua itu”

 

Menerusi filem atau drama televisyen, adegan nasi kangkang sering digambarkan sebagai satu bentuk ilmu guna-guna yang dilakukan para isteri untuk membuat si suami jadi Pak Turut.

Setelah nasi panas dikangkangkan, mantera-mantera pelik akan dibaca untuk melengkapkan ritual terbabit.

Walaupun zaman sudah moden, percayakah anda masih ada yang melakukan perbuatan khurafat ini?

Minta bukan setakat RM100-RM200…RM50,000 sekali minta

Menerusi akaun TikTok Rawatan Islam Negeri Sembilan, sebuah video mereka mengenai wanita (digelar Puan Ain) yang terkena sihir nasi kangkang telah viral sehingga meraih lebih 100 ribu jumlah tontonan.

Menurut penceritaan tuan badan sendiri, selama ini dia sentiasa akur jika ibu mentuaya meminta wang meskipun dalam jumlah yang sangat besar.

Mak mentua sampai suruh gadai emas & kereta untuk beri dekat dia

Walaupun sangat berat hati, entah mengapa dirinya seakan menjadi dungu dan selalu saja merelakan pemberian tersebut.

Satu hari, Allah akhirnya menunjukkan kebenaran di sebalik semua itu.

Asbab tertinggal telefon sewaktu keluar rumah, dia telah berpatah balik ke sana untuk mengambil gajet tersebut.

Di sinilah segalanya terbongkar.

Ain seakan ‘dipukau’ dengan nasi kangkang…Ibu mentua mahu kikis hartanya

Alangkah terkejut, Puan Ain secara tidak sengaja melihat ibu mentuanya berada dalam posisi mengangkang atas nasi panas.

Barulah dia tahu kebodohannya memberikan duit berkepuk-kepuk selama ini merupakan kesan perbuatan sihir nasi kangkang oleh wanita tua tersebut.

@rawatanislamusthasnan

SIHIR NASI KANGKANG #rawatanislamnegerisembilan #rawatanarsyifa #rawatanislamalmustakim #rawatanislam

♬ suara asli – ♓©️♓🅰️Ⓜ️🅰️®️🅰️¹¹ – ♓©️♓🅰️Ⓜ️🅰️®️🅰️¹¹