Aleeya Zailan kesal anak ADHD dimarahi kesalahan tendang papan tanda, esoknya guru halau dari sekolah

Aleeya Zailan kesal anak ADHD dimarahi kesalahan tendang papan tanda, esoknya guru halau dari sekolah

 

Gangguan Hiperaktif Defisit Perhatian atau lebih dikenali sebagai ADHD akan membuatkan seseorang itu mudah terganggu (kurang fokus), pelupa, mengabaikan orang dan sukar mengikut arahan kerana ia ada kaitan dengan gangguan neurodevelopmental.

Untuk bercakap dengan mereka juga ada cara yang betul, tidak seperti interaksi biasa.

Memula tu percayalah cakap cikgu yang anak kite ni jahat, sekali bila Allah nak tunjukkan

Baru-baru ini, Aleeya Zailan sempat berkongsikan satu kejadian yang dialami oleh anak lelakinya bernama Aaron.

Satu hari budak berkenaan telah menendang papan tanda di luar kawasan sekolah dan tidak mengangkatnya semula walaupun sudah disuruh oleh seorang guru yang kebetulan memerhatikan perkara tersebut.

Selaku seseorang yang mempunyai masalah ADHD, Aleeya berkata Aaron kurang senang jika diarahkan buat sesuatu dalam nada menjerit.

Cikgu sekolah tu memang over sikit…Lepas tu selalu menipu

Kerana tidak dipedulikan, guru itu melulu kejar dan berterusan mengetuk tingkap kereta tak ubah seperti samseng jalanan.

Walaupun takut, keesokan harinya Aoron masih hadir ke sekolah seperti biasa.

Namun mengejutkan, pendidik yang sama malah menghalaunya balik bersaksikan rakan-rakan lain.

Lebih mencurigakan, pihak sekolah pula enggan memberikan rakaman CCTV saat kejadian berlaku.

@aleeyazailanavenys

my son kene harrased and bullied bu the school and teacher dia…. the real story ada dekat my ig. aleeyazailan nak tulis panjang2 kat sini tak dapat sebab ada word limit. so kalau nak tau cerita penuh. pls go to my ig

♬ original sound – Aleeya Zailan

Kalau kasar, budak ADHD tak boleh terima..Pemikiran mereka sedikit berbeza

Bukanlah tidak mengaku kesilapan anak sendiri, namun Aleeya berkata Aaron perlu ditegur secara berhemah.

Tambahan lagi, itulah kaedah paling berkesan untuk bercakap dengan golongan ADHD.

Mengambil inisiatif memindahkan anaknya ke sekolah baru, ternyata Aoran jauh lebih gembira dan tiada lagi masalah yang berlaku.