“Alhamdulillah!” – Luah rasa syukur, Imam muda Asyraf sekeluarga selamat di Istanbul

“Alhamdulillah!” – Luah rasa syukur, Imam muda Asyraf sekeluarga selamat di Istanbul

 

Sejak semalam, dunia digemparkan dengan berita dvka apabila gempa bumi 7.8 skala ritcher, paling kuat dalam hampir satu abad (84 tahun) melanda Turkiye dan Syria awal Isnin. Dikatakan ia membvnuh lebih 2,600 orang ketika mereka nyenyak dalam tidur.

Ramai mengetahui bahawa Pendakwah Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan,38 atau lebih dikenali Imam Muda Asyraf sekeluarga ketika ini telah berhijrah seketika ke Turkiye pada 24 Januari baru-baru ini.

Gem.pa bumi yang berlaku di Turkiye ketika ini dan melibatkan 10 wilayah ternyata mengundang kebimbangan buat rakan-rakan, keluarga dan para peminatnya dengan keadaannya sekeluarga.

Namun perkongsian terkini di Instagram pendakwah ini yang dalam keadaan selamat ternyata melegakan ramai pihak. Imam Muda Asyraf berkongsi catatan terbaru di Turkiye dan menjelaskan bahawa dirinya dan keluarga dalam keadaan selamat dan sihat kerana di Istanbul, kedudukan agak berjauhan dari kawasan ditimpa bencana.

Berikut perkongsian tersebut;

Berita duka buat Turkey dan sekitarnya. Gempa bumi yang melenyapkan ratusan binaan. Bagaikan medan peperangan. Ratusan malah mencecah ribuan k0rban. Sedahsyatnya gegaran bagai tak pernah dialami sebelumnya.

Gaziantep, Kahramanmaras, Hatay, Osmaniye, Adiyaman, Malatya, Sanliurfa, Adana, Diyarbakir dan Kilis. Sehingga terasa di Wilayah Syria dan Lubnan.

Tidak terbayang dalam keadaan sejuk yang mencengkam tulang. Dibawah runtuhan rumah. Mencari saudara dan kenalan yang tidak ditemukan.

Semoga Allah memberikan kesabaran dan ketabahan bagi mereka yang ditimpa musibah dan ujian ini.

Kedudukan kami sekeluarga agak berjauhan. Menetap di Kota Istanbul hanya diterpa gegaran kecil serta ribut.

Ramai yang mesej bertanya khabar. Tak perlu dirisaukan. Alhamdulillah kami sekeluarga dalam keadaan sihat seadanya.

Banyak perkara yang terasa ingin dikongsikan. Namun hanyalah doa dari kalian kami hajatkan agar dipermudahkan segalanya disini.

Ramai Turut Mendoakan

Ramai yang turut mendoakan kesejahteraan buat Imam Muda Asyraf sekeluarga dan rakyat Turkiye agar dilindungi selalu dan dipermudahkan segala urusan.