“Alhamdulillah rezeki anak-anak tak kan putus” – Hafidz Roshdi luang masa, beli mainan bersama Humairah & Umar

“Alhamdulillah rezeki anak-anak tak kan putus” – Hafidz Roshdi luang masa, beli mainan bersama Humairah & Umar

Perkongsian foto terbaharu daripada pelakon Hafidz Roshdi, 29, di Instagram hari ini menjadi sorotan peminat.

Menerusi beberapa keping foto yang dimuat naik, memaparkan Hafidz sedang mengisi masa bersama dua anaknya, Humairah, 6 dan Umar, 2, membeli barang permainan.

 

“Alhamdulillah rezeki anak-anak takkan putus,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.

Malah momen sama turut dikongsikan peserta Hero Remaja sezaman Fattah Amin ini menerusi Insta Stories yang memaparkan gelagat dua permata hatinya itu.

“Rezeki Anak-Anak Tak Kan Putus,” – Hafidz Roshdi Isi Masa, Beli Mainan Dengan Humairah & Umar

Terdahulu, media melaporkan pada minggu lalu, Hafidz didakwa sudah menceraikan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29.

Bintang drama Melastik Ke Hatimu itu juga difahamkan telah menceraikan isterinya dengan talak satu dengan bersaksikan keluarga.

Difahamkan juga, isterinya bakal memfailkan perceraian pada 1 Mac ini yang juga jatuh pada tarikh kelahiran Nurul Shuhada.