“Alhamdulillah, Yes I’m pregnant” – Nelysa umum berita gembira hamil anak pertama

“Alhamdulillah, Yes I’m pregnant” – Nelysa umum berita gembira hamil anak pertama

 

Tahniah diucapkan buat pempengaruh media sosial yang cukup dikenali di Tik Tok, Nelysa Norazlan yang kini disahkan hamil anak pertamanya.

Melalui Tik Toknya, Nelysa akhirnya berkongsi perkhabaran gembira itu kepada pengikut setianya di Tik Tok.

Nelysa Umum Hamil Anak Pertama. “Alhamdulillah, Yes I’m Pregnant!

“Ya saya kini pemegang buku pink.

“Semoga terjawab segala persoalan. Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan.

“Alhamdulillah. Yes I’m pregnant. Tak boleh cover dah sebab makin mengah. Makin bulat,” katanya berkongsi.

Menghilang seketika dari terus trending di Tik Tok, rupanya bakal ibu berdepan morning sickness yang agak teruk di awal trimester kehamilannya.

Nelysa Umum Hamil Anak Pertama. “Alhamdulillah, Yes I’m Pregnant!

Namun kata Nely, keadaannya kini bertambah baik dan dia terbuka untuk berkongsi dengan semua.

“Few months back memang slow down kan sikit kerja sebab morning sickness yang teruk. Baru faham perasaan jadi kain buruk. Loya, muntah, lesu, semuanya ada.

“Saya baru sahaja recover morning sickness yang agak teruk dan sekarang ni baru ok.

“Sekarang ni pun cepat mengah dan perut pun dah tak boleh disorok lagi. Kalau keluar pun orang dah nampak.

“Jadi inilah masa yang sesuai untuk beritahu semua orang, doakanlah saya dan baby,” katanya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut mengucapkan tahniah dan mendoakan kehamilannya dipermudahkan.