Ali Puteh ‘balas dendam’, kritik Abby Abadi isu skandal anaknya – “Sibuk kain orang, kain sendiri terbuka”

Ali Puteh ‘balas dendam’, kritik Abby Abadi isu skandal anaknya – “Sibuk kain orang, kain sendiri terbuka”

 

Mungkin ramai yang tidak tahu, pelakon Abby Abadi pernah mengulas secara terbuka berkaitan perselisihan antara Ali Puteh dan balu arwah Abam, Nor Hidayah Hamzah satu ketika dahulu.

Pada 2020, Abby menerusi hantaran di Instagram berkata, walau apa pun alasan yang diberi pihak Ali Puteh, pendiriannya tetap bersama balu arwah serta anaknya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey.

Dengan isu yang terpalit pada Abby kebelakangan ini, Ali Puteh seolah memulangkan paku buah keras kepada pelakon gerak khas tersebut yang didakwa pernah mencampuri urusan orang lain sehingga terkena pada dirinya sendiri.

Ali bagaimanapun masih menitipkan doa yang baik-baik buat Abby dan keluarganya.

“2022 berlalu, kini 2023…moga baik-baik sahaja buat keluarganya.

“Kadang-kadang terlalu sibuk kain orang, kain sendiri terbuka,” tulisnya di Instagram.

Ali turut memuat naik tangkap layar dua artikel yang salah satunya berkenaan anaknya Marissa Dania Hakim.

Manakala pada bahagian sebelahnya pula Ali menampal artikel berkenaan Abby Abadi yang mengulas kemelut dihadapi antara dia dan kakak iparnya.

Artikel tersebut bertajuk: “Apapun alasan yang diberi, saya di pihak… – Abby Abadi ulas isu Ali Puteh dan balu Abam, kongsi kefahaman hak seorang balu”.