AMANAH tangguh konvensyen, arah ahli bantu kawasan terlibat banjir

AMANAH tangguh konvensyen, arah ahli bantu kawasan terlibat banjir

Kenyataan Media

Sebagai Presiden AMANAH, saya mengarahkan semua peringkat sayap parti terutama Pemuda, Wanita (AWAN), ARiF, WARDA (Wanita Muda), kawasan dan negeri untuk turun segera membantu mangsa banjir di seluruh Negara, khususnya di Selangor.

Konvensyen AMANAH yang sepatutnya diadakan hari ini, telah kita tangguhkan bagi mendahulukan perkara berkaitan kepentingan rakyat.

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

19 Disember 2021