Amin Idris dilabel macam-macam kerana kritik Pas isu air

Amin Idris dilabel macam-macam kerana kritik Pas isu air
Bila kritik orang, semua ok
Bila dikritik walaupun menyuarakan suara rakyat, maka DILABEL:
.
1. Pro PH
2. Tidak ikut saluran
3. Tak tabayyun
4. Tak faham isu
5. Tercicir dari jemaah
.
Bila kita buat inisiatif untuk diskusi & jawab soalan rakyat serta FAHAMKAN saya & orang ramai tentang isu, DILABEL:
.
1. Tak beradab
2. Nak cari populariti
3. Pergilah jumpa MB sendiri
4. Sia-sia ikut usrah dan tamrin
5. Perasan pandai
6. Pegawai-pegawai MB dengan sengaja buat tak layan
7. Terbaru, banding-bandingkan follower. (Dia lupa dalam FB ada fungsi ‘insight’ untuk tengok audience, engagement & aktiviti FB)
.
Bila kita nak tolong nasihat orang ramai JANGAN SEBAR gambar yang memfitnah penyokong mereka, DILABEL
.
1. Takder telur
2. Tak cerdik
3. Tak check akaun fake
4. Tak hormat parti Islam
5. Selebriti poyo
.
Cuma nak bagitau:
.
1. Sebab ikut usrah & tamrinlah maka saya belajar jika berani mengkritik maka bersedialah untuk dikritik. Bukan menghentam orang yang mengkritik
.
2. Kalau nak populariti, well this is not the way. Rakyat Selangor & Kelantan (dapat info Pahang pun ada masalah air) banyak tak puashati. Saya suarakan apa luahan saya & mereka sebagai rakyat
.
3. Selama ni kawan-kawan Pas selalu kata tak diberi ruang di media, bila orang media jemput kenapa diam membisu?
.
4. Jumpa MB sendiri? Susah sangatkah berhadapan rakyat & netizen untuk kongsikan apa usaha yang TELAH & AKAN dibuat untuk rakyat. Jawapan itu untuk orang ramai, bukan untuk saya sahaja
.
5. Syukur juga isu ini jadi panas. Kalau tak, masakan pelbagai jawapan dihidang kepada massa. Emm… selama ni kenapa maklumat tak sampai kepada rakyat yer?
.
6. Saya masih percaya ini bukan sikap sebenar MB Kelantan. Tak mustahil disebabkan masalah pegawai-pegawainya yang menyusahkan rakyat untuk mendekati MB
.
7. Saya juga masih percaya kawan-kawan PAS berpegang teguh dengan prinsip POLITIK MATANG & SEJAHTERA
.
JUJUR KATA, keluhan-keluhan netizen tentang masalah air memberi saya kekuatan untuk teruskan topik ini dalam show esok walaupun tidak disenangi golongan politikus.
____
AMIN IDRIS