Amir Jahari tempelak Mas Ermieyati, guna lagu tanpa izin untuk tunjuk sokongan pada ‘Abah’

Amir Jahari tempelak Mas Ermieyati, guna lagu tanpa izin untuk tunjuk sokongan pada ‘Abah’

 

Penyokong-penyokong kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat telah berkumpul dan membuat solidariti sebagai tanda sokongan kepada beliau diatas pertuduhan yang dikenakan.

Guna tanpa kebenaran

Antara yang turut serta menyertai solidariti adalah Bekas Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri,  Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati binti Haji Samsudin.

Namun, tindakan beliau memuat naik video solidariti dengan menggunakan lagu ciptaan penyanyi, Amir Jahari seakan mengundang masalah kerana dibuat tanpa sebarang persetujuan atau keizinan.

 

Pencipta tak izin

Menerusi posting tersebut, Amir turut menulis bahawa dia tidak mengizinkan lagu yang dicipta untuk tujuan dan agenda politik.

Dia juga mengatakan mereka bebas menggunakannya namun mereka harus menjawab diakhirat kelak.

Apa lagi saman lah!

Tindakan pengendali akaun Twitter Mas Ermieyati itu turut mendapat kritikan netizen apabila masing-masing menyokong apa yang dilakukan oleh Amir dan meminta mereka menyaman ahli politik berkenaan kerana memuat naik secara haram hasil karya orang lain.

Marah dia bang!

Bagi tempoh masa, nanti ambil tindakan undang2

Lagu sweet2 tapi letak lagu macam ni

Ada juga mengatakan lagu ciptaan Amir bertajuk Hasrat yang turut menjadi ost untuk filem Imaginur bukanlah lagu yang sesuai ‘disandingkan’ dengan politik kerana lebih bersifat romantis.

Terdahulu, penyokong kepada Tan Sri Muhyiddin telah berkumpul di hadapan Mahkamah Seksyen bagi memberi sokongan kepada pengerusi Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) yang didakwa dengan enam pertuduhan membabitkan empat kerana menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.