Amir Raja Lawak amalkan solat dan sedekah subuh sebagai pembuka pintu rezeki

Amir Raja Lawak amalkan solat dan sedekah subuh sebagai pembuka pintu rezeki

 

Bagaimanapun, menurut laporan Berita Harian, Amir atau nama sebenarnya, Mohammad Amirullah Azmi berserah kepada rezeki yang diberikan oleh Allah dalam kehidupannya sebagai hamba yang tak pernah berputus asa untuk meneruskan pernigaan air jagungnya.

“Permulaan hidup setiap hari pada waktu pagi. Memang betul apabila orang dahulu kata bangun pagi atau subuh, rezeki akan dimurahkan.
“Mungkin ini adalah apa yang saya boleh kongsikan kepada orang ramai. Saya ada juga amalkan membaca doa supaya dimurahkan rezeki. Selain itu, sedekah subuh saya juga diamalkan.
“Selepas solat subuh, saya akan sedekah ke mana-mana tabung atau mereka yang memerlukan. Kalau solat di masjid, saya akan sedekah dalam tabung masjid.
“Sedekah sahaja seberapa banyak yang kita mampu dan niatkan baik-baik,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelawak yang berusia 34 tahun itu tidak pernah lupa untuk menghulurkan sedekah kepada pusat pendidikan atau tahfiz yang berdekatan.

“Selain masjid, saya juga sedekah ke rumah tahfiz berdekatan termasuk memberikan air jagung untuk pelajar kerana mereka memang sukakannya.
“Cuma, apa saya boleh katakan solat pada pagi setiap hari adalah kuncinya. Mungkin amalan dan doa orang ramai juga menjadi pembuka laluan untuk Allah berikan rezeki kepada saya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Amir mengakui lebih selesa dan tenang dengan perniagaan yang diusahakan dan bersyukur kian mendapat sambutan daripada orang ramai.