“Anak-anak Bangladesh akan jadi ahli Parlimen!” – Warga asing kutuk rakyat tempatan, yakin rakyatnya bakal terajui Malaysia

“Anak-anak Bangladesh akan jadi ahli Parlimen!” – Warga asing kutuk rakyat tempatan, yakin rakyatnya bakal terajui Malaysia

Seorang lelaki Bangladesh menerusi satu hantaran video di TikTok melontarkan pandangan bahawa anak-anak Bangladesh dilihat berpotensi menjadi ahli parlimen di Malaysia suatu hari nanti.

“Ini Malaysia sudah maju. Sudah kaya kerana siapa? Kerana warga asing. Ini kilang-kilang Malaysia, semua dari luar negara. Itu dalam kilang siapa kerja? Kebun sayur, cuci longkang, ambil sampah siapa buat?’

“Orang Bangladesh, warga asing, rajin kerja. Kerja keras, pandai cari duit, bukan macam hang,” ujarnya.

@tbg.arsenal

♬ original sound – Tbg Arsenal – Tbg Arsenal

“Satu hari nanti, anak-anak Bangla akan jadi ahli Parlimen Malaysia. Ingat bro, saya beritahu kamu anak-anak Bangladesh akan jadi Perdana Menteri Malaysia. Ini saya cakap,” tambahnya lagi.

Tidak berhenti di situ, beliau turut menyelar Ustaz Sophian yang kerap ‘membuat onar’ di kedai perniagaan warga asing.

“Ini Ustaz Sophian dia tak tahu apa-apa. Di Pulau Pinang, ada beratus kedai Indonesia dan Thailand. Kenapa tak serbu? Bangang. Orang Siam berniaga tom yam, ikan bakar (tanpa permit) kenapa hang tak serbu?” ujarnya dengan nada marah.

Rata-rata netizen tidak setuju dengan pandangan lelaki tersebut dan berkata, tindakannya yang mengeluarkan kenyataan seperti itu bakal memberi kesan kepada pekerja Bangladesh lain yang mencari rezeki di Malaysia.

Namun ada netizen yang melihat perkara ini sebagai satu perkara yang perlu dilihat secara keseluruhan. “Ambil positif. Ini amaran awal. Semoga rakyat Malaysia bangkit dan sedar,” komen seorang netizen.