Anak-anak share ‘moment’ bersama arwah Siti Sarah bikin warganet sebak

Anak-anak share ‘moment’ bersama arwah Siti Sarah bikin warganet sebak

 

Menerusi Instagram, anak-anak pasangan Shuib dan arwah Siti Sarah berkongsi antara kenangan yang mereka ingat dan rindu dengan ibu mereka.

Uwais, Talita dan Matin masing-masing menceritakan memori indah bersama arwah ibu mereka bersempena dengan hari lahir Siti Sarah pada Jumaat lalu.

Selepas menceritakan kenangan tersebut, masing-masing memberi pesanan ringkas kepada warganet agar bersyukur jika masih memiliki insan bergelar ibu.

Talita kemudian mengalirkan air mata dan berpesan kepada orang lain untuk mendengar kata-kata ibu mereka dan sayangi mereka.

Ada orang tiada ibu bapa, lagi kesian. Siapa yang ada ibu itu bersyukurlah. Jangan melawan, ada orang yang takde ibu sebab dah meninggal dunia.

Video tersebut mengundang rasa sebak dan rata-rata warganet akui turut bersedih selepas mendengar kenangan yang diceritakan mereka bertiga.

Terutamanya apabila Talita atau lebih mesra dipanggil Dekta mengalirkan air mata saat dia mengatakan ‘ada orang tidak mempunyai ibu, sudah meninggal’.