Anak Asmuni dilantik sebagai Presiden ISMA yang baharu
Gerakan Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) hari ini melantik Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni sebagai Presiden yang baharu.
Pelantikan bekas Timbalan Presiden itu adalah berkuat kuasa bagi sesi 2021-2023.
“Pelantikan ini dibuat dalam Mesyuarat Agung Khas Perwakilan di Putrajaya tengah hari tadi.
“Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni dilantik sebagai Presiden ISMA oleh Amir ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman dengan sokongan penuh oleh perwakilan yang hadir,” kata kenyataan media, hari ini.
Ustaz Muhammad Fauzi kini menggantikan Haji Aminuddin Yahaya yang dilantik sebagai Presiden ISMA pada 16 September 2018, selepas Ustaz Abdullah Zaik dipilih menjadi Amir. – IW