Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi, pakai baju seksi hampir terlondeh nampak ‘aset’

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi, pakai baju seksi hampir terlondeh nampak ‘aset’

 

Anak gadis pelakon terkenal Azhar Sulaiman sekali lagi mengundang kontroversi apabila memakai gaun panjang menunjukkan bahagian dadanya.

Menerusi satu hantaran video dibuat rakan Kasih Iris Leona, mereka berdua dilihat melakukan transisi penukaran baju daripada baju tidur ke dress.

@mariancarmelo

Summer Ball with @Leona 🦋 🇬🇧

♬ Sofia The First I Belong – Princess Marshalla

Namun, pakaian yang dikenakan Leona mengejutkan netizen apabila ianya terdedah di bahagian dada. Di ruangan komen, orang ramai segera ‘tag’ akaun TikTok Azhar Sulaiman mengadu mengenai hal itu.

Ada segelintir netizen berpendapat Leona tak pernah serik dikecam dan tak mengambil serius teguran ramai.

Terdahulu, Kasih Iris Leona yang kini sedang menyambung pelajaran di luar negara dikecam gara-gara memakai bikini putih ketika mandi manda di sebatang sungai.

Bapanya, Azhar Sulaiman menerima tempias apabila ramai yang memintanya menasihati anak.